Berbasikal Mengelilingi Borneo

Haji Ramli Haji Yusof akan berbasikal mengelilingi Sarawak dan Sabah melalui Brunei Darussalam secara solo mulai 28 Feb 2011  dan dijangka menamatkan misinya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 April 2011. Jelajah berbasikal ini merupakan kesinambungan daripada jelajah 1Semenanjung Malaysia yang telah dilakukan pada 2010 selama 29 hari dengan jarak kayuhan 2,947 kilometer dari 26 Sept 2010 hingga 24 Okt 2010. (Artikel kayuhan 1Malaysia boleh klik sini)

Hj Ramli, gambar terbaru ketika berlatih baru-baru ini

Memulakan kayuhan daripada Pekan  Sematan di Sarawak, Haji Ramli akan berkayuh ke Kuching, Tebedu dan Sri Aman sebelum menuju Sarikei, Sibu, Miri, Limbang , Lawas dan dijangka memasuki sempadan Sabah di Sindumin selepas 20 hari kayuhan. Di Sarawak, beliau akan mendaki Gunung Mulu dan ketika di Sabah akan mendaki Gunung Kinabalu di Kundasang.

Di Sindumin, Hj Ramli meneruskan kayuhan solonya ke Sipitang, Beaufort dan Papar  ke ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu. Kemudiannya menuju Tuaran dan Kota Belud sehingga  Pekan Kiau sebelum singgah di Kundasang dan mendaki Gunung Kinabalu. Kayuhan diteruskan ke Ranau, Telupid, Sandakan dan menuju ke Lahad Datu dan Kunak. Dari Kunak, menuju ke Semporna, Tawau Kalabakan, Sapulut dan Taku.

Dijangka pada hari ke-40, Hj Ramli akan sampai di Keningau dan seterusnya menuju Kimanis, Penampang dan Kota Kinabalu. Dijangka,  jarak kayuhan ialah 2,907 kilometer dan memakan masa kira-kira 43 hari.

Nota: Amat berharap pertolongan dan kerjasama masyarakat setempat untuk membantu Haj Ramli jika menghadapi masalah ketika berkayuh. Pertolongan tuan puan amat dihargai. Jika mendapat kerjasama masyarakat setempat, satu majlis ringkas melepaskan Hj Ramli akan dibuat bersama penduduk kampung di Sematan atau bandar Kuching (dan juga di Kota Kinabalu) sesuai dengan semangat 1Malaysia, Sarawak dan Sabah satu negara!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai