Pengayuh Basikal Digoda Awek

Berikut ialah beberapa fakta berkaitan pengayuh basikal Jelajah 1Malaysia

Cendera kenang yang diberi kepada pengayuh

 1. Haji Ramli Hj Yusup, 59 tahun ialah persara guru. Jawatan terakhirnya ialah Guru Penolong Kanan (GPK) di sebuah sekolah menengah di Sepang. Pertama kali menaiki basikal pada 2005 dari rumahnya ke sekolah memakan masa selama dua jam.
2. Sdr Abdul Karim Salleh, 61 tahun  ialah persara tentera.  Jawatan terakhirnya ialah Staf Sarjen di Rejimen Gerak Khas Kem Sungai Udang, Melaka. Beliau ialah Jurulatih Persekutuan Sukan Udara Kuala Lumpur. Pernah terlibat sebagai Jurulatih Misi Payung Terjun Kutub Utara.
3. Hj Ramli telah membuktikan kayuhan solo selama 12 hari daripada Semenyih - Padang  Besar dan Semenyih- Singapura pada 2009 dan 2010 dan beberapa kayuhan lain ke Muar, Kuala Pilah dan Jelebu.
4. Sdr Karim pernah berkayuh dari Kuala Lumpur ke Haadyai, Thailand.
5. Kedua-dua pengayuh akan menawan Borneo dengan berbasikal (Sabah, Sarawak dan Kalimantan) pada Februari 2011 sebagai persediaan Menjelajah Asia Tenggara pada Jun atau Ogos  2011
6. Ketika berkayuh  basikal, Hj Ramli pernah digoda oleh dua orang gadis bermotosikal sejauh kira-kira satu kilometer tetapi gadis tersebut memecut motosikalnya selepas melihat wajah Hj Ramli. Kata Hj Ramli, "mungkin awek tu terkejut melihat janggutku yang dah putih. Dia fikir aku ni muda hensem....!" (lihat gambar Hj Ramli di atas  bersama Wartawan Harian Metro)
7. Sepanjang kayuhan Jelajah 1Malaysia yang lepas, kedua-dua pengayuh terpaksa menukar tiub sebanyak 9 kali dan 3 kali menukar/mengganti tayar.

Basikal Hj Ramli berjenama Bianchi

8. Ketika tayar pancit di Pedu, Kedah, tiga  orang penunggang motosikal yang ditahan Hj Ramli untuk meminta bantuan enggan berhenti/memberi pertolongan.
9. Kayuhan dilakukan dalam purata kelajuan 25 km sejam selama 8 jam sehari. Masa 8 jam itu tidak termasuk masa rehat, makan, solat dll.
10. Laluan Tanjung Piai ke Sungai  Renggit, Johor merupakan laluan yang mencabar. Kata Hji  Ramli, laluan di Kota Tinggi berbukit bukau dan jarak perjalanan melebih 120 km seperti dijangka. Hanya sampai di Sungai Renggit pada jam 9.00 malam.
11. Sepanjang misi 29 hari sejauh 2,947 km tidak pernah sekali pun kedua-dua pengayuh menolak basikal walaupun mendaki bukit yang tinggi.
12. Ketika di Perlis, rantai basikal Sdr Karim terpaksa dipotong satu "mata" kerana terkucil daripada gigi gear.
13. Selama 29 hari, pengayuh-pengayuh bermalam di dalam khemah bukan menginap di hotel.
14. Pengayuh juga membawa peralatan memasak  untuk menyediakan sarapan pagi. Makan tengahari dan malam di gerai-gerai.
15. Tidak  berkayuh pada hari Jumaat. Hari Jumaat ialah hari cuti digunakan untuk membaiki basikal, mencuci pakaian dan juga bertemu masyarakat setempat.
16. Kecuali Sdr Karim, Hj Ramli tidak menggunakan sebarang alat komunikasi semasa misi berlangsung.
17. Keseronokan menjelajah menyebabkan Haj Ramli terlupa membuat panggilan ke rumah selama  6  hari berturut-turut.
18. Sepanjang misi 29 hari itu, Allah telah memberikan kesihatan yang sangat baik kepada kedua-dua pengayuh itu.
19. Pelik. Menurun bukit terpaksa berkayuh di sebuah tempat dekat Durian Burung,  Kedah



Bersambung....

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai