Pencari Besi Buruk

Di taman-taman perumahan, sisa pepejal selalunya menimbulkan masalah kepada para penduduk. Bahan-bahan seperti kayu, papan, besi buruk atau bahan-bahan buangan yang besar dan banyak tidak mudah untuk dibuang atau dilupuskan.

Wong menunjukkan basikal yang rosak  yang akan dijual dengan haraga RM0.60 sekilogram

Masalah seperti ini kadang-kala dapat diselesaikan oleh pencari-pencari besi buruk seperti Wong (gambar)  yang tidak asing di kalangan penduduk di sekitar Semenyih. Wong akan mencari apa saja bahan terbuang yang boleh dijadikan wang untuk kegunaannya. Bahan-bahan seperti botol plastik, tin minuman, besi, aluminium dan lain-lain dipungutnya dari berbagai tempat dan menjualnya di pusat-pusat besi buruk di sekitar pekan ini.

Wong menunjukkan tanda 1Malaysia dengan bahan kutipan yang banyak

Dengan menggunakan sebuah basikal yang "dipungut" dan dibaikinya, beliau bergerak dari taman ke taman. Walaupun pendapatannya bergantung kepada bahan-bahan yang dikutip tetapi ada kalanya ia memperoleh pendapatan yang agak lumayan juga. Jerit perih Wong  mengutip barang terbuang atau terpakai seperti itu membolehkannya mendapat kira-kira RM10 hingga RM18 sehari. Wong menetap di Kampung Baru, Semenyih.

Kepada penduduk, kedatangan Wong janganlah disalah ertikan. "Saya ambil yang orang buang. Ini basikal sudah rosak. Saya tidak curi....", kata Wong ketika dihampiri oleh Penulis di sebuah taman perumahan di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat