Selasa, 12 Oktober 2010

Kemalangan Maut 10.10.10

Update Info:

Cuba baca Siaran Akhbar Pengarah LPKP,
Datin Naimah Ramli berkaitan isu pemandu bas ekspres memandu 
secara berbahaya pada waktu malam.

Maklum balas daripada Akhbar/Pembaca

Skesta kemalangan (Grafik Berita Harian)

Utusan:
1. Ketatkan Syarat...
2. Senari hitamkan pemandu
3. Apa JPJ, LPKP Buat? (Buat ????)

Berita Harian:

1. Kerjasama semua pihak penting elak nahas
SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya
 
2. Pemandu dikatakan sentiasa berada di lorong kanan
SEREMBAN: Beberapa penumpang bas Ekspres Delima yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) kelmarin, mendakwa kenderaan itu dipandu laju hingga hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
 
10 Ulasan Semenyih Baru
 
1. Penumpang kata, bas dipandu laju. Bas sentiasa di lorong kanan. Maksudnya kalau di lorong kanan tentulah laju.
2. Menteri kata, pemadu tiada rekod saman, bas tiada saman, bas baru lepas pemeriksaan Puspakom. (Menteri macam nak kata "dah takdir...?")
3. Penumpang kata, bas cuba memotong tetapi gagal...
4. Penumpang berada pada kejadian, tragedi. Menteri mana ada ketika kejadian berlaku.
5. Jika seseorang pemandu tiada rekod saman, adakah bererti, dia ialah seorang pemandu yang baik?
6. Berapa banyak rekod saman syarikat bas yang terbabit?
7. Syarikat pernah buat sport check pemandu mereka di lebuh raya?
8. Siapa yang nampak bas itu dipandu laju di sepanjang lebuh raya? Jika nampak apa perlu dibuat? Lapor kepada LPKP? Hantarlah  100 atau 1,000 SMS, usah kata tindakan,  dibalas pun tidak! Yang untung syarikat penyedia perkhidmatan SMS. Rujuk sini arahan mempamerkan nombor  bebas tol/sms
9. Cuba telefon nombor ini: 1-800-88-9600  ada jawab atau tidak?
10. Tak jawab? Cuba SMS pula.   LPKP ADUAN (aduan Anda) dan hantar ke: 15888 (jika satu SMS dicaj RM0.30, berapa yang penyedia perkhidmatan dapat jika sehari ada 1,000 orang menghantar SMS?)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan