Popia Ali - "The Best In The Town"

Popia Ali yang mendapat jolokan "The Best Popia In The Town" boleh didapati di Perhentian Teksi Kajang, bersebelahan CIMB Bank. Membuka perniagaan pada setiap hari  Rabu hingga Isnin (ditutup setiap hari Selasa) dari jam 2.00 petang hingga 10.00 malam. Pengusahanya, Ali atau nama sebenarnya Latif Mohd Sultan, 53 juga bersedia menerima tempahan untuk pelbagai jamuan atau majlis.

Ali (kanan) sedang membungkus popia dibantu isterinya yang menggoreng

Ali mengendalikan perniagaan popianya sejak 20 tahun lalu, menggunakan sebuah van yang diubahsuai berhasrat untuk mendaptkan sebuah gerai  untuk keselesaan pelangganya yang berbagai kaum dan peringkat. Ketika ditemui, kata Ali, "Insya Allah saya akan membeli sebuah lori baru untuk memudahkan perniagaan sementara mencari sebuah geraui yang boleh disewa".



Mengendalikan perniagaan di dalam van di Hentian Teksi Kajang

Menurut pelanggan Ali, yang menarik mengenai popianya ialah kuahnya yang diadun berdasarkan resepi "Ali" yang tidak dapat ditandingi oleh pengusaha atau peniaga popia yang lain. Dua jenis Popia Ali yang dijualnya ialah popia goreng dan basah yang antara lain intinya ialah hirisan sengkuang, lobak merah, telor, bawang goreng, tauge dan cebisan udang basah. Wow... sedapnya!

Popia basah (kiri) dan popia goreng yang lazat! Harga: RM0.60 sebiji

Dalam mendendalikan perniagaannya, Ali dibantu oleh isteri kesyangannya dan seorang pembantu lelaki.
Pada buan Ramadhan lalu, beliau berniaga di Pasar Ramadhan Tasik Kesuma dan meminta maaf kepada pelanggannya  kerana tiada perniagaan di Hentian  Teksi  Kajang  di sepanjang tempoh  itu.
Artikel lain berkaitan Popia Ali klik di bawah

Popia Ali ....
Ali Popia Facebook

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai