Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Hari Ke-17
14 Okt 2010

Peserta Kayuh Basikal Jelajah 1Malaysia  kini menuju ke negeri Kedah mulai 13 Okt dan pada  pagi ini berkayuh menuju ke Kuala Perlis daripada point Kaki Bukit. Perjalanan pada 13 Okt memakan masa hingga lewat petang disebabkan cuaca hujan. Sehingga kini, misi berjalan mengikut jadual dan alhamdulillah tidak menghadapi masalah yang besar. Mudah-mudahan dengan izin-Nya, misi akan sempurna  seperti dirancang.

Pengayuh mempunyai baki tujuh point persinggahan di 4 buah negeri lagi (Kedah, Pulau Pinang. Perak, Selangor) sebelum menamatkan kayuhan sejauh 2, 580 km pada 24 Oktober 2010.



Penduduk sekitar Taman Desa Mewah dan Bandar Sunway Semenyih dijemput menyambut ketibaan pengayuh pada tarikh tersebut (24 Okt) bertempat di Taman Desa Mewah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai