Kayuh Basikal Keliling Malaysia
Hari Keenam
1 Okt 2010 (Jumaat)
TERKINI
10.30 pagi
Kedua-dua pengayuh sedang berehat (tinggal, makan dan minum) dalam khemah di Pantai Tanjung Sedili. Mereka mengecapi udara pantai selama kurang daripada 24 jam sebelum meneruskan kayuhan pada Sabtu ke Mersing.
Hj Ramli yang dihubungi berkata, "kayuhan dari Tanjung Piai ke Sungai Rengit agak mencabar kerana bukan sahaja jaraknya melebihi 200 km (jangkaan awal kira-kira 120 km) tetapi juga perlu mendaki beberapa buah bukit antara Kulai, Ulu Tiram dan Kota Tinggi".
Oleh sebab itu kedua-duanya hanya sampai di point keempat (Sungai Rengit) pada jam 8.30 malam pada 29 Sept. Walaupun letih, tetapi mereka bersyukur dapat menamatkan kayuhan pada hari berkenaan.
6.30 pagi
Haji Ramli dan Sdr Karim bercuti rehat pada hari ini, Jumaat dan pada setiap Jumaat tidak akan berkayuh. Hari inilah masa rehat mereka dan akan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti penyelenggaraan basikal, mencuci pakaian atau melakukan hal-hal peribadi yang lain. Pada cuti Jumaat juga, kedua-duanya akan cuba mendekati atau meninjau kehidupan masyarakat di lokasi tertentu.
Kayuhan akan diteruskan pada hari Sabtu menuju ke Mersing. Ini bermakna Mersing merupakan lokasi terakhir di Johor sebelum para pengayuh memasuki Negeri Pahang dan akan singgah di Kuala Rompin pada hari ketujuh.
Sehingga kini, kayuhan sejauh lebih 600 km telah dilakukan merentasi 4 buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Hari Kelima
30 Sept 2010
Jelajah Basikal 1 Malaysia telah sampai di Kuala Sedili, Mersing. Mereka akan bercuti pada Jumaat sebelum meneruskan perjalanan pada Hari Sabtu. Peta di bawah tidak menunjukkan laluan pengayuh yang tepat dari Tanjung Piai, Kuala Sedili dan Mersing seterusnya melaui jalan pantai ke point berikutnya.

Masjid Tanjung Sedili Besar
Sedili Resort

Ulasan
Catat Ulasan