Balai Bomba Semenyih

Sejak 1 Mei 2013, Semenyih kini mempunyai sebuah Balai Bomba dan Penyelamat (mini)  dengan kekuatan sebuah jentera bomba dan 25 anggota termasuk seorang Ketua Balai.  Terletak di Taman Pelangi Semenyih di atas tanah seluas satu ekar.  Dengan beropreasinya balai ini, ia  dapat melaksanakan tugas menyelamat dengan lebih cepat  kerana kedudukanya yang lebih dekat. Sebelum ini, tugas-tugas menyelamat kebakaran dan seumpamanya dirujuk kepada kepada balai yang terletak di Bandar Baru Bangi dan juga Kajang. 
 
 
 
 
Untuk rekod,  Daerah Hulu Langat yang mempunyai kira-kira 1.3 juta penduduk mempunyai tiga (3) buah balai bomba setiap satu di Kajang, Bangi dan terbaru di Semenyih. sebalum ini, jentera bomba dari Balai Bangi mengambil masa antara 30 - 40 minit untuk sampai ke Semenyih.

Maklumat selanjutnya:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai