Penjaja Melayu Tepi Jalan

Sejak dulu lagi nasib penjaja Melayu di tepi-tepi jalan tidak terbela. Walaupn ada seorang dua yang berjaya atau mengembangkan perniagaan tetapi masih ramai yang terpaksa menghuni tepi-tepi jalan untuk menyara hidup, menumpang tanah TOL atau tanah milik kerajaan. Menjual pisang goreng,  air tebu, air kelapa, nasi lemak, kuih-muih, buah-buahan dan seumpamanya. Semuanya atas faktor pekerjaan -- untuk menyara kehidupan bukan untuk mengejar kemewahan.

 
Peniaga Melayu ditepi jalan. Menunggu masa  disita oleh PBT dan disaman
 
Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) melalui Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran  mempunyai peraturan yang melarang orang ramai melakukan perniagaan di tepi jalan  lebih-lebh lagi yang tidak berlesen. Namun, untuk memohon lesen PBT mewajibkan peniaga berkenaan mempunyai premis perniagaan. Bagaimana mungkin mereka mendapat lesen sedangkan pada masa sama tidak berkeupayaan untuk menyewa premis perniagaan?

Premis niaga yang mampu dibeli atau disewa oleh mereka amatlah kecil bilangannya. Sebab itu,  kita tidak terkejut apabila puluhan ribu peniaga memohon tapak niaga Pasar Ramadhan di Bandaraya Kuala Lumpur.
 
Masalah peniaga Melayu berbeza dengan peniaga bukan Melayu  kerana kebanyakan peniaga Melayu tidka mempunyai modal yang besar atau mencukupi. Untuk membina sebuah gerai burger umapamnya, tidak kurang RM2,000 diperlukan. Bagaimana kos lain seperti peralatan dan sebagainya?

 
Kedai milik Cina di Taman Kajang Prima.  Kerusi meja di atas jalan raya. Adakah PBT akan bertindak?
 
Namun, banyak aduan mengatakan PBT  hanya bertindak kepada peniaga atau penjaja Melayu. Barang niga disita dan dikenakan denda. Tindakan itu telah menyebabkan penjaja berkenaan hilang mata pencaraian. Bermakna, keperluan keluaranya akan terabai. Sebaliknya peniaga Cina termasuk yang berniaga di premis kekal jarang dikenakan tindakan walaupun meletakkan kerusi meja hingga atas jalan raya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai