Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai

Hujan lagi... banjir lagi...
Kali ini dan akan datang kenderaan siapa pula yang malang. Terendam atau tersadai dalam banjir kilat di mana-mana. Kuala Lumpur sering mengalami banjir kilat. Kenderaan yang  terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang berkilometer jaraknya, tiba-tiba jalan raya ditenggalami air. Mujur jika paras air tidak tinggi atau tidak menjejaskan kenderaan.
 
Itu di Kuala Lumpur.
Di tempat lain?
 
 
Gambar fail. Banjir di psimpang Bandar Sunway Semenyih
 
 
Puchong, Kajang, Shah Alam sering dilanda banjir kilat.
 
Di Semenyih tidak terkecuali. Setiap kali hujan lebat simpang Bandar Sunway Semenyih - Taman Desa Mewah akan tenggelam dengan ketinggian paras air hampir empat kaki. 10 tahun lalu tak pernah banjir pun walau selebat mana hujan yang turun. Jadi apakah puncanya berlaku banjir melainkan jika kerana pembangunan pesat di sekeliling kita. 


Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sunway Semenyih, En Asmadi Asmad dan En Siva dari Taman Desa Mewah membantu pemandu kenderaan yang mengalami masalah

 
Pembangunan, lebih-lebih lagi yang tidak terancang dengan sempurna, menjelmakan beberapa faktor banjir kilat. Aliran air terganggu disebabkan sistem longkang dan perparitan yang tidak sempurna, tersekat atau  pencemaran sungai. Semuanya kerana sikap manusia.

 
Nota: Lokasi yang sama berlaku banjir terakhir pada 4 Jun 2013 dengan anggaran paras air  setinggi tiga (3) kaki sehingga jalan masuk Taman Desa Mewah -Sunway sejauh 300 meter. Air surut selepas dua (2) jam dan mujur hujan lebat berhenti.

Tarikh lain (sekadar yang dapat dicatat):

2 Mei 2012
3 Nov 2012
10 April 2013
24 April 2013
8 Mei 2013
4 Jun 2013


 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih