Hampir 20 tahun Tanpa CF

Entah di mana silapnya, Apartment Desa Mutiara Kajang boleh dihuni hampir 20 tahun tanpa mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Dalam kes ini PBT-nya ialah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).  Terletak di dalam Bandar Kajang, berhampiran kawasan taman perumahan Taman Sungai Jelok  ia dihuni lebih daripada 200 keluarga.

 

Menurut penduduk selama menghuni kediaman mereka, selain tidak membayar cukai pintu, mereka juga tidak menerima kemudahan pengurusan  daripada MPKj seperti pengurusan sisa pepejal dan seumpamanya. Sebaliknya mereka membayar yuran perkhidmatan setiap bulan kepada  "wakil" syarikat yang dilantik di bawah Badan Pengurusan Bersaam (JMB). Difahamkan, syarikat pemaju taman ini sudah lama ditutup atas sebab-sebab tertentu.
 
 
Pengerusi BN Hulu Langat, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz bersama wakil penduduk terlibat
 
Difahamkan, Kerajaan Negeri Selangor telah berhasrat untuk merampas premis-premis berkenaan namun pendudk belum dimaklumkan. Perkara ini telah mendapat liputan media termasuk TV3. malah, Pengerusi Barisan Nasional Hulu Langat, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz juga telah menemui sebahagian penduduk berkenaan untuk mencari jalan mengatasi kemelut itu. Namun, isu ini yang berbangkit sejak Mac 2012 sehingga kini belum lagi dapat diselesaikan kerana  sikap lepas tangan Kerajaan Negeri. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai