Peniaga Cakera Haram

Nampaknya Akta Cakera Optik 2000 (ACO 2000) tidak berjaya membendung (jauh sekali menghapuskan) penjualan cakera optik haram di seluruh negara. Mungkin disebabkan, bahan ini sering mendapat permintaan daripada pelbagai golongan masyarakat kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding cakera tulen. Orang ramai lebih suka membeli  cakera cetak rompak kerana tidak mahu berbelanja lebih disebabkan,  ia hanya  digunakan untuk sekali dua sahaja.  Sesuatu cakera cetak rompak yang dibeli dengan harga kurang daripada RM10 misalnya hanya ditonton sekali dua dan selepas itu, pengguna tidak peduli jika ia dimasukkan ke dalam tong sampah.
 
Selain permintaan pengguna, keuntungan daripada perniagaan haram ini amat lumayan kerana peniaganya tidak perlu menyewa premis perniagaan, membayar cukai malah tidak perlu membayar gaji pekerja atau kakitangan. Mereka boleh berniaga di mana-mana, di pasar malam, di tepi kedai, di tepi jalanraya dan lain-lain. Sewa tapak pasar malam misalnya hanya RM3.00 ke 5.00 semalam berbanding sewa sebuah rumah kedai.
 
 

Seawal jam enam petang, peniaga haram ini sudah memulakan aktivitinya tanpa kesukaran pun!
 
Wujudnya peniaga haram ini membuktikan, pihak berkuasa yang diletakkan di bawah  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepengunaam dan Koperasi  (KPDNKK) tidak dapat mengawal sepenuhnya. Walaupun kementerian dibantu oleh penguatkuasa di pejabat-pejabat negeri dan cawangan (daerah) serta agensi-agensi yang terlibat, perniagaan haram ini masih dijalankan secara teran-terangan.
 
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sepatutnya lebih berperanan kerana peniaga-peniga tersebut bergiat di dalam  kawasan pentadbiran mereka. Pemantauan, rondaan, tangkapan, rampasan dan lain-lain wajar dilakukan secara lebih kerap, tegas dan berterusan.

Pautan:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai