Panduan Mengguna Kad Prabayar Telefon atau Internet di Arab Saudi

Penggunaan Kad Sim Tempatan Untuk Smartphone

Para jemaah haji atau umrah Malaysia yang berada di Arab Saudi sama ada di Mekah atau Madinah, boleh membeli kad sim prabayar tempatan untuk digunakan dalam telefon masing-masing. Antara syarikat telefon tempatan ialah Saudi Telecom Company (STC), Zain KSA (Zain) atau Mobily Saudi Arabia (Mobily)

Menggunakan perkhidmatan roaming kad sim/operator  telefon Malaysia di Arab Saudi sama ada untuk data atau suara adalah agak mahal. Menggunakan kredit yang dimasuk terus untuk melayar internet/perisian smartphone juga  akan menyebabkan kehabisan kredit dengan cepat. Sila ikuti langkah-langkah di bawah.

 
 
 Saya mencadangkan jemaah menggunakan kad sim prabayar Mobily  dengan harga serendah 10SR. Kad ini banyak dijual di Lapangan Terbang Jeddah atau wakil-wakil penjual di Mekah dan Madinah. Kad topup pula dalam nilai 10SR, 30SR, 50SR dan100SR. Pejabat/kios syarikat-syarikat telefon terletak berhampiran Masjidil Nabawi di Madinah dan di Menara Zam-zam serta Menara Hilton di Mekah.

Konfigurasi Internet (data) Untuk Mobily:
Boleh digunakan untuk facebook, Whatapp, Twiter, Weechat dan lain-lain

100Mb (data)  = 25SR
1. Taip msg/SMS:  SUB 100mb  dan send to 1100

2GB (data) = 100SR
1. Taip msg/SMS: SUB2G dan send to 1100

Blackberry

Tempoh aktif 7 hari = 29SR
1. Taip msg/SMS: BIS7 dan send to 1100

Tempoh aktif 30 hari = 79SR
1. Taip msg/SMS: BIS dan send to 1100

Lain-lain:

1. Semak baki, dail: *1411#
2. Semak no telefon, dail:*222#

Maklumat berkaitan Mobily (klik)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai