Kesesakan Luar Biasa

Update, 8 Okt 2010 @ 7.20 am. Tiada kesesakan. Tiada anggota Polis Trafik yang bertugas. Lalu-lintas berjalan lancar.

Update, 7 Okt 2010 @ 750 am. Tiada kesesakan di jalan utama dan juga di dalam taman disebabkan kontraktor sudah membuka lorong  di hadapan Shell yang ditutup walaupun ia belum diturap.  Terima kasih juga kepada dua orang anggota Polis Trafik menggunakan motosikal berkuasa tinggi yang bertugas.

Update, 6 Okt 2010 @ 745 am. Kesesakan walaupun berlaku tetapi terkawal disebabkan dua orang anggota Polis Trafik bertugas di persimpangan Bandar Sunway. Terima kasih kepada anggota trafik.

Semenyih, 5 Okt - Berlaku kesesakan luar biasa di persimpangan Bandar Sunway Semenyih sejak semalam disebabkan pentutupan satu lorong kerja-kerja pelebaran  Jalan Semenyih, Fasa 1  berhampiran stesyen minyak Shell. Tinjauan mendapati kesesakan  trafik  bermula seawal 6.30 pagi dan menjadi buruk  antara 7.30 hingga 8.30 pagi di mana  kebanyakan pemandu bergegas menghantar anak ke sekolah dan ke pejabat.

Di simpang  Bandar Sunway Semenyih

Pada waku tersebut di Jalan Semenyih, kesesakan bermula berhampiran stesyen minyak BHPetrol dan pesimpangan Taman Paling Jaya melibatkan kedua-dua arah. Manakala di Jalan Sunway, kesesakan sehingga padang taman perumahan itu.  Di Taman Desa Mewah pula kesesakannya sehingga rumah kedai  sejauh kira-kira 1.5 km.
Kenderaan yang keluar dari Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah (gambar atas dan bawah)
Keadaan trafik hari ini mula reda kira-kira jam 9.00 pagi dengan kehadiran seorang anggota Polis Trafik untuk menyuraikan kesesakan tersebut yang pada hari sebelumnya tidak kelihatan.

Seorang anggota Polis Trafik yang tiba kira-kira 9.00 pagi telah membantu menyuraikan kesesekan

Jabatan Kerja Raya (JKR) sepatutnya mempastikan kerja-kerja pelebaran jalan oleh kontraktor yang dilantik tidak menganggu lalu-lintas sehingga  boleh menimbulkan  rasa marah di kalangan para pemandu dan pengguna jalan raya. Sebagai makluman, Jalan Kajang -Semenyih sudah sedia mengalami kesesakan sejak beberapa tahun lalu disebabkan bertambahnya taman-taman perumahan baru di sekitaranya.
Kerja-kerja pelebaran jalan - susur masuk ke Bandar Sunway dan Desa Mewah. kesesakan di sini setiap hari setiap waktu

Difahamkan juga, kerja-kerja pelebaran jalan Fasa 1 itu mengalami kelewatan disebabkan masalah-masalah teknikal di pihak kontraktor dan JKR. Projek Fasa 1 itu dijadualkan siap pada hujung bulan Oktober 2010 tetapi tidak nampak ia akan dapat disiapkan menjelang hujung bulan ini. 

Semenyih Baru menasihati para pengguna di kawasan ini supaya merancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan kelewatan. Penutupan jalan tersebut dijangka akan berterusan beberapa hari lagi sehingga kerja-kerja mengorek tar lama dan kerja-kerja mengaspal  dilakukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat