6/12/10: Pelebaran Jalan: Simpang Bandar Sunway - Pekan Semenyih

Terkini (6/12/2010)


SemenyihBaru mendapat maklumat daripada sumber yang layak dipercayai.  Kelewatan projek pelebaran jalan ini disebabkan kelewatan Jabatan Kerja Raya (JKR) menandatangani atau mengesahkan atau memperakui  (?) variation order (VO). Ini bermakna, kelewatan bukan disebabkan oleh kontraktor dan ekoran kelewatan mengesahkan VO, ternyata mengakibatkan projek tersebut  tidak dapat disiapkan pada tarikh sepatutnya, Oktober  lepas atau mengalami EOT sehingga  19 Mei 2011. VO disebabkan oleh masalah teknikal seperti dalam entri sebelumnya (di bawah).

Pelebaran jalan ini merupakan pakej menaiktaraf Jalan  Kajang-Beranang  dengan persimpangan Bandar Sunway Semenyih merupakan pakej Fasa 1.  Ia mengambil masa kira-kira dua (2) tahun untuk melebarkan jalan antara stesyen Petronas dekat JPJ Timbang menuju ke Simpang Taman Paling Jaya yang jaraknya kurang dari tiga (3) kilometer. Bayangkan, berapa tahun yang perlu diambil untuk menyudahkan keseluruhan projek hingga ke Beranang? Dan ketika ini pun, tembok-tembok di bahu jalan sudah banyak yang pecah atau rosak dan jalan yang sudah diturap sudah berlubang semula. Apakah tidak ada kualiti atau apa puncanya?

Bagaimanapun dukacita dimaklumkan, cubaan SemenyihBaru untuk berkomunikasi dengan pegawai tertentu di JKR tidak berhasil. Begitu juga  aduan yang dibuat kepada JKR melalui laman web JKR (aduan online) tidak mendapat jawapan. Malah, apabila SemenyihBaru menghubungi JKR Hulu Langat, kakitangan yang menjawab panggilan berasa pelik (tidak tahu) akan wujudnya pejabat projek di Bandar Sunway Semenyih. Sebenarnya, JKR membuka sebuah pejabat sementara untuk Projek Pelebaran Jalan Semenyih di Bandar Sunway Semenyih.

Mohon JKR memberi penjelasan mengapa kelewatan-kelewatan itu berlaku kerana ia memberikan  masalah bukan sahaja kepada orang  ramai (pengguna) tetapi kepada kerajaan juga.  Ini juga berkaitan  masalah akauntabiliti atau penyampaian. Bila rakyat tidak dimaklumkan perkara sebenar, maka akan berlaku implikasi yang tidak baik kepada kedua-dua pihak.

Saja-saja baca komen pasal JKR kat sini (klik)
Bukti kelewatan projek JKR kat sini (klik)



Lihat sini:

Maklumat terkini:  Pelebaran jalan yang kini dilaksankan di persimpangan  Bandar Sunway Semenyih (Fasa 1) dijangka mengalami kelewatan beberapa bulan daripada tarikh yang dijangka siap pada Oktober 2010. Maklumat daripada sumber, kontraktor  menghadapi beberapa masalah fizikal seperti perparitan (aliran air)  bawah tanah, pengalihan kabel telekomuniaksi dan elektrik serta saluran paip air.  Masalah tersebut kini sedang ditangani oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)

Gambar: Pembinaan di simpang lampu isyarat Bandar Sunway Semenyih yang dikatakan terlewat daripada tarikh siap yang sepatutnya.

Sepanjang pembinaan yang berlangsung kira-kira enam bulan lepas dan sebelumnya, jalan ini memang menghadapi kesesakan yang teruk terutama pada waktu puncak. Pengguna diharap dapat terus bersabar bagi membolehkan pihak yang berkenaan mengatasi apa jua masalah yang timbul atau berbangkit.

sumber: Dimaklumkan oleh  individu yang namanya  Penulis tidak nyatakan atas sebab tertentu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat