Berlepas ke Kuching

Terkini 28 Feb 2011

Lintas langsung. Hj Ramli akan ke udara di CATSFM, 99.3 FM jam 7.00 pagi esok, 1 Mac 2011. dengarlah radio kegemaran anda untuk menyemarakkan 1Malaysia.

27 Feb 2011:

Tuan Hj Ramli telah memulakan kayuhan sejauh 93 kilometer hari ini bermula di Pekan Sematan menuju ke Batu Kawah, Kuching dalam keadaan hujan. Esok beliau akan meneruskan kayuhan pada hari kedua menuju ke Balai Ringin dekat Serian.


26 Feb 2011:

Tuan Hj Ramli Hj Yusop selamat tiba di Kuching hari ini untuk memulakan misi berbasikal jelajah 1Borneo - Sarawak dan Sabah melalui Brunei. Sebahagian  kos dibiayai oleh ADUN Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz.

Hj Ramli (bertopi) sejurus sebelum berlepas ke Kuching

Hj Ramli, 60 tahun sebelum ini telah berbasikal jelajah Semenajung Malaysia. Beliau juga telah mendaki Gunung Fujimaru di Jepun. Di dalam negara antara gunung yang pernah didakinya ialah Gunung Tahan, Gunung Tok Wan dan  telah 31 kali mendaki Gunung Nuang.

Di Sarawak,  beliau akan mendaki Gunung Mulu dan Gunung Kinabalu ketika berada di Kundasang, Sabah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai