Program Kesihatan KECERGAS

Program kesihatan KECERGAS pada setiap Jumaat dan Ahad masih mendapat penyertaan daripada orang ramai yang sedar pentingnya kesihatan. Pada setiap Jumaat berlangsungnya sessi timbang berat di Tesco Semenyih dari jam 8-10 malam manakala pada setiap Ahaf diadakan pula senamrobik di SK Semenyih dari jam 9-10 pagi.

Peserta menunggu giliran untuk ditimbang (gambar hari ini, 18 Feb)

Peserta yang berjaya  menurunkan berat badan, minima 5 kilogram layak mendapat hadiah wang tunai RM50.00. Bertemakan, "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu",  sehingag kini telah mendapat penyertaan hampir 180 peserta. Johan keseluruhan yang dapat menurunkan berat paling tinggi akan menerima wang tunai RM300.00

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai