Setia EcoHill Link - Jalan Penghubung Sungai Purun - bandar Rinching

Jalan Penghubung (jalan alternatif) antara Sungai Purun berhampiran susur keluar Lebuhraya LEKAS di Jalan Bangi Lama ke Bandar Rinching (selepas Tesco Semenyih) dikenali sebagai Setia EchoHill Link dijangka dibuka kepada orang awam  selewat-lewatnya Julai 2015. Kerja-kerja akhir sedang giat dilaksakanan oleh pemajunya, Ecosetia Sdn Bhd.

Sumber yang diperoleh daripada pemaju, pembukaan dan perasmian jalan bertingkat  berharga RM70 juta itu  mungkin dilakukan pada awal bulan Julai ini memandangkan selepas itu umat Islam sudah menjalani ibadat puasa. Lazimnya,  pada waktu petang bulan Ramadhan, kesesakan trafik berganda daripada hari-hari biasa.

 Persimpangan bertingkat Sungai Purun yang hampir siapa Jun ini

Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz  dipetik sebagai berkata, beliau sangat mengambil berat agar taman-taman baru yang dibangunkan di Semenyih mesti membina jalan keluar masuk masing-masing bagi mengurangkan kesesakan yang semakin meruncing terutama pada waktu pagi dan petang. Beliau berharap, pembukaan EchoHill Link dapat mengatasi kelancaran trafik untuk jangka pendek sementara satu lagi akses menerusi Echo Majestic Interchange ke Lebuhraya Lekas  akan siap dibina menjelang 2016.

Datuk Hj Johan Abd Aziz (kredit kepada Malaysian Gazzete)

Apabila EchoHill Link itu dibuka, pengguna daripada Lebuhraya Lekas  yang hendak ke Rinching, Beranang dan juga Seremban boleh menggunakannya tanpa memasuki Pekan Semenyih. Begitu juga sebaliknya, pengguna jalan lama Seremban-Kajang  yang hendak menuju  Kuala Lumpur tidak perlu memandu memasuki Pekan Semenyih, sebaliknya menggunkan jalan tersebut. Sebagai alternatif, daripada persimpangan Sungai Purun mereka boleh menggunakan Jalan Bangi Lama untuk ke Putrajaya, Seremban, Nilai ataupun KLIA.

Jalan penghubung Eco Majestic sedang dalam pembinaan

Jalan sejauh 1.6 km itu dibuat oleh pemaju selepas dicadangkan oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) bagi mengatasi kesesakan jalan di Semenyih disebabkan pesatnya pembinaan taman-taman perumahan baru berskala besar di Semenyih.  Kira-kira 2,000 pembeli awal taman perumahan mewah itu dijangka menduduki rumah masing-masing akhir Jun ini.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai