Jalan Pintas Sungai Purun, Semenyih

Dijangkakan, kesesakan trafik yang dialami pengguna jalanraya antara Bandar Rinching dan Semenyih akan dapat diatasi menjelang Jun 2015 sebaik jalan alternatif, Setia Ecolink siap sepenuhnya. Jalan sejauh 1.8 km itu menghubungkan Lebuh Raya Lekas di simpang Sungai Purun ke persimpangan Setia Echohill di Bandar Rinching. 

Datuk Hj Johan Abd Aziz menunjukkan sesuatu kepada Wartawan ketika melakukan lawatan kerja pada 10 Sept 2014 lepas


Pembinaannya dipohon oleh Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz sebagai penyelesaian jangka pendek kesesakan di kawasan Semenyih. Ketika ini, kesesakan teruk terjadi pada waktu puncak dan hujung minggu antara simpang Taman Paling Jaya sehingga simpang lampu isyarat Bandar Rinching berhampiran Kem Polis Gerakan Am (PGA).

Sebelah kanan Datuk Johan ialah En Mohd Noor, Timbalan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat

Baru-baru ini, Datuk Hj Johan Abd Aziz melakukan lawatan kerja di kawasan pembinaan jalan baru tersebut dan mendapati kerja-kerja berjalan mengikut jadual. Jalan baru tersebut melibatkan pembinaan  sebuah jambatan yang merentangi Sungai Semenyih dan sebuah flyover yang menghubungkan lebuhraya Lekas di simpang lampu isyarat Sungai Purun.

Jurucakap Pemaju Ecosetia berkata, sebanyak 1,500 unit rumah fasa pertama taman itu juga akan diserahkan kepada pembeli sebaik sahaja jalan alternatif tersebut dibuka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai