Lagi, Nahas di Bukit Broga

13 Sept 2014, Sabtu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Semenyih berjaya menyelamatkan seorang pendaki yang tercedera ketika menuruni bukit itu tengahari ini. Mangsa, seorang wanita 30-an tahun yang bersama 25 rakan yang lain memulakan pendakian pada waktu pagi dalam keadaan hujan lebat. Keadaan laluan berbukit menjadi terlalu licin, sekaligus menyukarkan pendakian dan penurunan. Bagaimanapun, ketika menuruni bukit, mangsa dipercayai telah dirempuh oleh seorang pendaki yang tidak dikenali menyebabkan beliau tersungkur, mengakibatkan kecederaan pada kaki kananya. Mangsa dilapor mengalami patah kaki. Turut dirempuh ialah rakanya seorang lelaki yang terseliuh di kaki.


Laluan berlumpur sebelum sampai ke kaki Bukit Broga. Keadaan begini bahaya kepada pendaki

Usaha rakan-rakan sekumpulan yang datang dari kuala Lumpur dan Putrajaya hanya mampu mendukung secara bergilir-gilir mangsa lelaki yang kemudiannya dihantar ke Hospital kajang oleh ambulan Klinik Kesihatan Beranang yang telah dihubungi. Pihak Bomba Balai Semenyih mengambil  masa hampir tiga jam untuk mengusung mangsa disebabkan laluan yang sukar dan licin.


Sebagai rekkod, telah banyak kemalangan melibatkan pendaki Bukit Broga setinggi 400 meter (1,312 kaki) sejak bukit  yang terletak di Semenyih, Selangor itu menjadi popular kira-kira 10 tahun lampau. Nahas atau kemalangan yang berlaku kebanyakanya kerana kecuaian atau disebabkan tidak mematuhi peraturan mendaki bukit atau gunung. Kemalangan hari ini jelas menunjukkan, nahas itu boleh dielak jika mangsa tidak dirempuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai