"Stompers" - Kugiran, Pancaragam Masa Kini ?


Muzik menggunakan baldi, tong air, tudung periuk, cawan dan pinggan besi, tong sampah serta lain-lain. Saya baru melihat sekumpulan anak-anak muda yang mendendangkan irama muzik  menggunakan peralatan rumah atau peralatan dapur. Muzik yang dimainkan agak menarik dan dipersembahkan baik di majlis rasmi atau santai oleh anak-anak muda lekaki dan perempuan.

Pasukan yang dikenali sebagai Stompers, mereka ialah gabungan penuntut beberapa buah Kolej Komuniti di Selangor, ketika rakaman mempamerkan persembahan di Kompleks Metro Point Kajang. Persembahan mereka boleh dibanggakan dan ternyata anak-anak muda itu berkebolehan dan berbakat dan tentulah ia menjalani latihan rapi. Agaknya inilah pasukan kugiran atau pancaragam masa kini.

Saya berikan empat (4) bintang! Syabas anak-anak muda.

Lihat gambar-gambar yang sempat saya rakamkan:









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai