Pemandu Hantu

Pemandu hantu lazimnya dikaitkan dengan pemandu yang tidak mengikut peraturan, baik kenderaan ringan mahupun kenderaan berat. Dahlah hantu, bawa kenderaan macam pelesit.

Gambar ini pula menunjukkan pembahagi (divider) jalan yang baru siap dua hari lalu pecah/rosak dilanggar oleh pemandu hantu  kenderaan berat yang suka membuat pusingan U di sebuah simpang di Taman Desa Mewah dan Bandar Sunway Semenyih. Ia disondol oleh pemandu kenderaan berat - yang bawa simen, bawa tanah, pasir dan macam-macamlah yang berat. Ia bukan sahaja meroskakan jalan tetapi mengancam keselamatan pengguna jalan yang lain.

Penduduk kawasan sekitar memaklumkan, berpuluh-puluh kenderaan membuat pusingan U di  situ dan telah banyak kali berlaku kemalangan seperti  kemalangan membabitkan pelajar sekolah pada 12 April 2011 seperti gambar di bawah:


Penduduk sudah membuat bantahan termasuk menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan juga bertemu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Penduduk masih menanti tindakan selepas pertemuan bersama Tan Sri Khalid diminitkan di dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai