Futsal - Gelanggang Baru

Dua lagi Gelanggang Futsal 1Malaysia siap dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih (DUN) menjadikan enam buah kesemuanya. Gelanggang baru itu yang bernilai RM150.000 setiap satu terletak di Taman Desa Mewah dan Kampung Sentosa yang dipohoan oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz.

Datuk Johan berkata, beliau akan terus memohon peruntukan untuk membina gelanggang serupa jika mendapat lokasi yang sesuai dan dibenarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Futsal 1Malaysia Parlimen Hulu Langat yang berlangsung serentak di kedua-dua gelanggang baru tersebut pada 15 Julai 2012.

Sebanyak 32 pasukan menyertai pertandingan itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 kepada johan, RM1,500 tempat kedua dan RM1,000 tempat ketiga dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai