Merdeka Raya Selangor FM

Konvoi Merdeka Raya Radio Selangor FM singgah di Beranang 23 Julai 2012 sebelum meneruskan perjalanan ke Stesyen RTM Seremban, Negeri Sembilan. Di Beranang, ketibaan konvoi yang diketuai oleh Dr Shafik Alfonso telah disambut oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz.


Majlis Sambutan ketibaan ketibaan konvoi di Beranang turut meriah dengan penyampaian bantuan Ramadhan kepada golongan yang kurang berkemampuan serta penyampaian Netbook 1Malaysia kepada 146 orang pelajar sekolah menengah di sekitar kawasan Semenyih. Penyampaian netbook adalah di bawah program Suruhajaya Komuniaksi dan Multimedia (SKMM) ke arah merapatkan jurang digital.

Wartawan RTM Selangor, Cik Shamisah menemuramah ADUN Semenyih

Sumbangan Ramadhan disampaikan oleh Selangor FM, ADUN Semenyih dan juga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berupa barang-barang makanan dan juga wang tunai. Sebagai simboliknya, Dr Shafik juga telah menyumbangkan sebanyak 20 batang tongkat kepada warga emas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai