Pecah Tanah SK Bandar Sunway Semenyih


Orang ramai yang tinggal berdekatan Bandar Sunway Semenyih, Taman Desa Mewah dan sekitarnya dijemput untuk makan tengahari bersama Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Zarkashi  yang hadir menyempurnakan majlis pecah tanah pada 7 Julai 2012, pada jam 9.30 pagi.

Latarbelakang:
(Nota: Gambar-gambar dipapar ialah pandangan perspektif pelukis. Rekabentuk yang serupa akan terbina)

Pada Disember 2010, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Hj Puad Zarkashi telah melakukan lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih. Dalam lawatan itu yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz,  beliau telah mengumumkan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway Semenyih di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Pengumuman itu telah disambut positif oleh penduduk d kawasan berhampiran terutama Bandar Sunway dan Taman Desa Mewah. Ketika ini, anak-anak mereka bersekolah sama ada di SK Semenyih, SK Bandar Teknologi atau SK Taman Jasmin yang jaraknya antara 2-3 kilometer.
Setahun kemudian, pada bulan November 2011, Dr Hj Puad telah mengadakan lawatan  di tapak SK Bandar Sunway sekaligus memberi harapan sekolah tersebut akan terdiri dalam waktu terdekat.

Kini, pada pertengahan Jun 2012, kerja-kerja tanah telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia sangat melegakan hati para ibu bapa kerana sekolah baru itu akan dapat menjimatkan kos pengangkutan atau tambang bas sekolah. Pada masa sama, ia dapat menjimatkan masa ibu bapa dengan tidak  perlu lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang jauh.

SK Bandar Sunway yang dalam pembinaan ini dibangunkan mengikut kosnep plan baru yang mengandungi pelbagai kemudahan terkini. Bangunan sekolah ini sebanyak empat (4) blok setinggi tiga (3) dengan 24 bilik darjah termasuk sebuah blok pra-sekolah dibina dalam kawasan seluas 5.8 ekar. Turut dilengkapi sebuah padang permainan dan astaka mini serta sebuah gelanggang bola keranjang. Keseluruhan projek menelan sebanyak RM18 juta. Sekolah ini berkeupayaan menempatkan kira-kira 1,000 orang murid. Kerja-kerja pembinaan mengambil masa selama 15 bulan dan dijangka siap pada September 2013.

Dengan siapnya SK Bandar Sunway Semenyih kelak, ia akan dapat mengurangkan kesesakan di sekolah-sekolah berdekatan terutama SK Semenyih yang kini mempunyai hampir 3,000 murid. Hari ini, buktinya dapat dilihat. Kerajaan menepati janji dan memahami keluk kesah serta keperluan rakyat. Janji ditepati, rakyat didahulukan!

Ulasan

  1. alhamdulillah. mudah-mudahan projek ini akan dijalankan dengan jayanya. harap jalan dikawasan desa mewah dan sunway ini diturap baru dan dilebarkan terutama simpang trafik menuju keluar ke semenyih dibuka dua. kesesakan diwaktu pagi agak terasa. harap sebelum menteri datang dah siap. baru penduduk boleh sokong.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Kerja-kerja tanah SK Sunway sedang dilaksanakan. Insya Allah jika tidak mempunyai masalah, akan siapa selepas 15 bulan dari Jun 2012.
    Berkaitan jalan masuk beberaap perbincangan antara Jawatankausa Bertindak Persatuan Penduduk Bandar Sunway Semenyih dan Rukun Tetangga Taman Desa Mewah dengan MPKj, pemaju dan dengan Menteri Besar Selangor telah diadakan.Pada dasarnya MB Selangor telah mengarahkan jalan masuk utama dilebarkan kepada empat lorong. Oleh itu, kita sedang menanti tindakan MPKj.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai