Isnin, 16 Julai 2012

Sukan Tahunan SK Semenyih ke-47










15 Julai lepas, di Padang Awam Semenyih telah berlangsungnya Sukan Tahunan SK Semenyih kali ke-47 dirasmikan oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Lebih 1,000 murid  yang mewakili empat buah rumah sukan hadir menjayakan sukan tahunan itu. Turut dipersembahkan ialah senamrobik 1Sukan, 1Sekolah 1Malaysia yang dijayakan oleh 192 orang murid.


Datuk Johan pada ucapan perasmiannya berharap SK Semenyih akan terus gemilang dan berjaya melahirkan bakat-bakat sukan selain menjuarai bidang akademik. Majlis berlangsung dengan meriah itu turut dihadiri ibu bapa murid-murid sekolah berkenaan.

 

Facebook SK Semenyih: https://www.facebook.com/people/Warga-Sk-Semenyih-Selangor/100000490541408

Tiada ulasan:

Catat Ulasan