Semenyih

Sebuah pekan bernama Semenyih, kira-kira 35 km dari Kuala Lumpur atau 32 km dari Seremban terletak di selatan negeri Selangor Darul Ehsan. Juga sejauh 22 km dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Putra Jaya. Akses  utamanya ialah jalan raya (lama) Kajang - Beranang - Seremban atau melalui rangkaian lebuh raya LEKAS, PLUS  atau Kajang SILK di mana pengguna perlu melalui susur keluar/susur masuk  di beberapa interchange seperti di Pajam, Nilai, Bandar Baru Bangi atau Kajang.

Malah, Semenyih juga boleh dihubungi melalui Jalan Kuala kelawanag - Jelebu Negeri Sembilan dan juga Hulu Langat, Selangor

Terletak pada ketinggian pada 43 meter dari aras laut, Semenyih ialah salah satu daripada enam (6) buah mukim di daerah Hulu Langat  iaitu Hulu Semenyih, Beranang, Kajang, Cheras dan Hulu Langat. Mukim Semenyih dianggarkan mempunyai 49,076 orang penduduk.

Sebagai salah sebuah kawasan di Daerah Hulu Langat, Semenyih ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Semenyih dikategorikan sebagai kawasan membangun dengan kemudahan infrastruktur bolehlah dikatakan lengkap pada lokasi-lokasi tertentu khususnya di Pekan Semenyih.

Bersambung....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai