Trinity College - "Music Exam"


Hari ini ialah hari kedua  Trinity Guildhall College, Music Examination yang  berlangsung di Prescot Metro In Hotel, Kajang. Seramai 110 orang murid  menduduki peperiksaan tersebut dalam pelbagai peringkat; asas, gred 1, 2 dan seterusnya dalam pelbagai instrumen muzik seperti gitar, violin, drum, piano dll. Kemasukan peperiksaan itu diuruskan oleh guru-guru daripada beberapa buah sekolah muzik swasta seperti Ryma Music Centre, Kajang dll. Kebanyakan muridnya berusia antara 5 hingga 19 tahun. Peperiksaan yang diadakan setiap tahun di 25 buah pusat di seluruh Malaysia  akan berakhir esok, 26 Nov 2010.
"Exam & waiting Room"

Mengikut rekod, Trinity College London pertama kali mengadakan peperiksaannya di Malaysia (Tanah Melayu ketika itu)  pada 1921 tetapi hanya dapat diteruskan selepas 1960-an disebabkan trajedi Peperangan Dunia Kedua. Kolej tersebut mempunyai lebih daripada 26 cawangan di seluruh dunia, menawarkan pelbagai genre muzik di peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Kemahiran bermain violin tiga orang murid di atas  diuji oleh Pengajar Muzik mereka sebelum menduduki peperiksaan pada  25 Nov 2010. Selamat maju jaya kepada murid-murid berkenaan

Persediaan sebelum masuk bilik peperiksaan. Merakam gambar tidak dibenar dalam bilik peperiksaan, malah ibu bapa tidak dibenarkan menunggu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai