Belanjawan Selangor Berimbang

Sedikit ringkasan mengenai Belanjawan Selangor 2010, merakyatkan ekonomi.... 
(Semenyih baru bukan pakar ekonomi tetapi tahulah juga untuk melihat angka yang tinggi (besar) dan yang rendah (kecil). Tahu juga bezakan + dan -)

Tahun 2005 -2007

  • Simpanan Kerajaan Negeri: RM415.63 juta (2005)
  • Simpanan Kerajaan Negeri: RM570.54 juta (2006)
  • Simpanan Kerajaan Negeri: RM776.44 juta (2007). Lebihan akaun kerajaan negeri sebanyak RM72.51 juta, meningkat sebanyak RM131.88 juta berbanding 2006.
2008
  • Lebihan simpanan Kerajaan Selangor tinggal sebanyak RM49.1 juta berbanding 2007

2009
  • Belanjawan sebanyak  RM 1,400 juta
  • Peruntukan tambahan sebanyak 2 kali di pohon pada persidangan dewan: RM578, 445, 168.88
  • Jumlah keseluruhan belanjawan 2009: RM1,978,445.168.80
  • Defisit RM65.96 juta
2010
  • Jumlah belanjawan asal yang diluluskan pada Persidangan Dewan 2009: RM1.3 bilion
  • Unjuran Pendapatan: RM1.35 bilion
  • Jumlah Belanjawan Tambahan:  RM194 juta (RM1.494 bilion)
  • April 2010: Peruntukan tambahan sebanyak RM69 juta
  • Julai 2010: Peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta
  • November 2010: Peruntukan tambahan sebanyak RM8 juta
  • Pendapatan hingga 30 Sept 2010 sebanyak RM1.03 bilion
  • Defisit 2010 dijangka sebanyak 144 juta (10 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan 2010). Angka ini kan dapat dilihat pada 2011 jika berlaku defisit.
Hasil Pasir:
  • Unjuran hasil pasir: RM150 juta setahun
  • Laporan Audit Negara mendedahkan hasil pasir pada 2009 hanya RM4.62 juta. 
Hasil Hiburan:
  • Sehingga September 2010, kutipan hasil hiburan untuk 2010 meningkat 23 peratus kepada RM26.4 juta berbanding RM21.5 juta untuk tempoh yang sama pada 2009.
  • Selangor sebagai sebuah negeri Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghaffur mensasarkan kutipan cukai hiburan sebanyak RM30 juta pada 2011
Subsidi:
  • RM100 juta telah dibelanjakan untuk bayaran subsidi air pada 2009
  • Pada 2011, RM34.5 juta tdiperuntukkan  untuk subsidi air 20 meter  padu
  • dan diperuntukkan sebanyak RM8 juta untuksubsidi  pengguna meter pukal.
Maklumat lanjut sila klik sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai