Kemalangan Lagi

Kemalangan lagi.... di persimpangan Bandar Sunway/Jalan Semenyih. Kejadian berlaku  kira-kira jam 1130 pagi  hari ini betul-betul di simpang lampu isyarat.  Disebabkan, jalan yang dalam pembinaan dan berbatu-batu, penunggang motosikal tersebut tidak dapat mengawal mostosikalnya lalu dihimpit oleh sebuah lori 3 tan yang menghala ke Semenyih. Penunggang  itu terjatuh dan tambah malang dilanggar oleh sebuah lori 3 tan yang lain. Kecederaan teruk di bahagian kaki, pinggang dan kepala. Beliau yang belum dikenali meninggal dunia di tempat kejadian.

Semenyih Baru yang kebetulan melalui lokasi kejadian tidak dapat merakamkan gambar kerana tidak membawa kamera. Disebabkan kemalangan itu, berlaku kesesakan di kedua-dua arah sejauh 3 - 4 kilometer dan Polis Trafik terpaksa melencongkan laluan dari arah Kajang. Pengguna dari Desa Mewah dan Sunway  yang hendak ke Kajang terpaksa menghala ke Semenyih dan membuat pusingan U kerana simpang itu ditutup sementara. Dalam tempoh dua minggu yang lalu, sudah tiga kemalangan maut berlaku di lokasi yang sama. Kontraktor pembinaan digesa supaya menurap jalan yang sudah diratakan. Usah dibiarkan jalan tersebut berbatu-batu kerana amat berbahaya kepada motosikal. Pemandu yang lain pula diharap jangan memandu laju di kawasan pembinaan tersebut. Bertimbang rasalah kepada penunggang motosikal.

Berhati-hatilah di jalan raya sentiasa.

Ulasan

  1. ngerinya.. pagi td semasa ke tempat kerja pun ada 2 kemalangan di tempat saya..

    BalasPadam
  2. Bersama-sama kita menjadi pengguna jalan raya yang baik. Ingat keselamatan selalu. Keselamatan diri kita dan pengguna yang lain.

    BalasPadam
  3. Salam tuan,

    sy mmg cukup menyampah dengan kelembapan pembinaan jalan di situ, agaknya kita nak menanti nyawa siapa lg yg melayang untuk kontraktor mempercepatkan pembinaan itu?

    BalasPadam
  4. T kasih sebab tuan sudi berkunjung. Kelewatan disebabkan masalah JKR. lihat: http://semenyih-baru.blogspot.com/p/semasa.html

    BalasPadam
  5. mngkn itu anak kpd jiran sy yg duduk di kjg.. kemalangan sebelum sembahyang jumaat kan. kalau betul arwah tersebut anak kepada jiran saye tu,takziah pada ibu bapanya.. anak lelaki bongsu..

    BalasPadam
  6. Ya, kemalangan sebelum solat Jumaat. Kalau tak silap, moto jenis Novo. Ada yang kata arwah dari Taman Zamrud?

    BalasPadam
  7. ye btl laa tu.. adik pd jiran saye.. parent die dok tmn zamrud.. abg die berjiran dgn saya.. ayah dia bawak van sekolah.. even x laa knal sgt ngan arwah tu, tp pnh nmpk skali skala dia dtg rmh abg dia..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat