100 Ribu Netbook Habis!

Mulai 8 November 2010 yang lepas, Telekom Malaysia (TM) telah menghentikan permohonan dan langganan Pakej Jalur Lebar (Streamyx) RM38.00 bulanan berserta sebuah komputer netbook 1Malaysia kerana peruntukan sebanyak 100 ribu  unit komputer telah habis dilanggan. Skim tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Sri Rais Yatim di Jelebu, Negeri Sembilan pada 28 Mei lepas. Berita lanjut


Komen SemenyihBaru:

1. Pakej jalur lebar TM tersebut sepatutnya dilanggan oleh mereka yang berpendapatan RM3,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM5,000 sebulan di kawasan bandar. Namun, apakah TM mengambilkira kriteria yang ditetapkan itu kepada semua pemohon pakej tersebut?
2. Bagaimanapula sumbangan daripada syarikat telko yang lain terhadap saranankerajaan untuk "menjalurlebarkan" komuniti?
3. Apakah perkembangan program Universal Service Provience (USP) atau Pemberian Perkhidmatan Sejagat yang menggunakan dana USP berjumlah berbilion ringgit?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai