Rabu, 3 November 2010

Buah Apa?

Sejenis buah yang boleh dimakan. Selalu orang sebut pokoknya  tetapi  jarang dapat melihat buahnya. Rupanya  seakan-akan buah limau tetapi ia tidak dipanggil limau. Limau, kulitnya boleh dikupas tetapi buah ini kulitnya seperti kulit epal.


Ramai orang menyebut pokok "kipas" di atas ialah pokok pisang kaki. Sama ada secara 
 kebetulan   pokok itu disebut pokok pisang kaki (yang tidak merujuk kepada pokok untuk buah di bawah) atau  sebenarnya bukan namanya atau kesilapan. Minta tolong sesiapa yang dapat menjelaskan. TK

Siapa tahu buah apa seperti dalam gambar? Buah yang ditunjukkan ialah jenis yang diimport. Tidak pula diketahui adakah sama dengan jenis tempatan.

5 ulasan:

  1. buah pisang kaki..

    kt cameron ade pokok die..
    tp xpenah tgk pon pokok die..

    ni pon tau sbb de pkcik tu niaga kt situ..
    die suh dtg umah die sbb leh mkn buah pisang kaki free...

    hohoh..tp rasa asal buah tu bukan dr sini...

    BalasPadam
  2. terima kasih. rupanya pokok yang disebut oleh orang kita pokok pisang kaki (pokok macam kipas) sebenarnya bukan...

    BalasPadam
  3. oo...pokok kipas tu org paggil pokok pisang kaki ek?

    dulu kecik2 abah bgtau tu pokok pisang jepun...

    keh3...

    BalasPadam
  4. Begitulah yang dikata oleh orang-orang tua. Pokok kipas = pokok pisang kaki. he eee.... Tapi tak pernah nampak pun pokok tu berbuah. Bila ditanya, dia orang kata pokok tu8 pokok betina, sebab tu tak berbuah?

    Saya akan ambil gambar pokok kipas tu dan akan dimuat naik di sini untuk issSenget. T kasih

    BalasPadam
  5. Pokok di atas tu biasa org panggil pokok pisang kipas.. atau lebih dikenali dengan nama Traveller's Palm. Pokok pisang kipas tidak ada kena mengena dengan buah pisang kaki. Pokok pisang kipas memang tidak berbuah..

    Pokok pisang kaki bukan sejenis pokok palma dan mempunyai batang berkayu.. dekat Cameron memang ada di tanam.

    BalasPadam