Berkhatan

Majlis berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak kariyah Taman Desa Mewah, Semenyih akan diadakan pada 20 dan 21 November 2010. Ibu bapa yang ingin mengkhatankan anak-anak mereka akan diuruskan oleh pihak Surau Taman Desa Mewah dengan bayaran tertentu. Sekiranya berminat menyertai program tersebut, sila berhubung dengan AJK Surau yang berkenaan.

Video di YouTube.com yang menunjukkan khatan cara tradisional. Video ini  dipaut dan dimuatnaik daripada  youtube.com dan bukan milik  laman blog ini.


Kepada adik-adik, janganlah berasa takut untuk berkhatan. Adik dalam video di atas tidak pun menangis. Tidak sakit kerana Tok Mudim membaca doa terlebih dahulu. Namun, berkhatan yang dianjurkan oleh Surau Desa Mewah dilakukan di klinik perubatan, bukan cara tradisional.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat