Jejantas SK Bandar Teknologi


Sebuah jejantas bernilai RM200 ribu akan dibina bagi  kemudahan murid-murid  Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Teknologi, Jalan Semenyih, Kajang. Mengumumkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz berkata, peruntukan itu disalurkan melalui peruntukan  ADUN Semenyih bagi memudahkan orang ramai khususnya murid-murid SK Bandar Teknologi yang tinggal  di kawasan perumahan Anggerik Villa dan kawasan sekitarannya.

ADUN Semenyih YB Datuk Johan Abd Aziz berucap merasmikan Jamuan Amal dan (bawah) bersama  guru dan AJK PIBG


Pembinaan  jejantas tersebut akan lebih memudahkan murid-murid sekolah  tanpa perlu menyeberang jalan raya di belakang sekolah tersebut. Agensi dan jabatan-jabatan terbabit telah memberikan kelulusan  untuk  pembinaan jejantas tersebut, katanya ketika berucap merasmikan Jamuan Malam Amal SK Bandar Teknologi di Kelab Sunway Semenyih pada 13 Nov lepas.

Pengerusi PIBG, Dr Hj Mohd Khafidz Hj Mohd Ishak (berucap) dan para tetamu

Setiausaha PIBG SK Bandar Teknologi, Cikgu Razmi Che Ros (tiga dari kanan)

Beliau juga memuji usaha berterusan yang dilakukan oleh para guru sekolah tersebut dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ke arah kemajuan dan pembangunan sekolah. Usaha-usaha tersebut telah melahirkan seramai 20 orang murid cemerlang yang memperoleh 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini dan  seramai 26 orang yang lain mendapat kelulusan 4A dan 1B.

Jamuan Malam Amal itu dijayakan dengan kerjasama  PIBG untuk mengutip dana  bagi menambah  beberapa  kemudahan untuk murid-murid sekolah tersebut. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat