Penjaga Parkir Haram
Penjaga parkir haram dalam gambar di bawah telah berlaku sejak sekian lama tanpa tindakan daripada pihak berkuasa. Penjaga parkir haram dikesan melakukan kegiatan itu pada hujung minggu dan pada waktu malam. Masakan pihak pengusaha parkir berlesan atau Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak pernah mengetahui atau tidak pernah mengesannya? Bagaimana pula dengan pihak Polis? Andainya MPKj mengatakan mereka tidak pernah mengetahui mengenainya, jelaslah dapat saya simpulkan bahawa para Penguatkuasa tidak turun padang! Mereka hanya suka menyaman pemandu atau peniaga sahaja.
Seorang penjaga parkir haram (dalam bulatan) mengikut kereta yang diparkir (atas) dan kemudian menghampiri pemandu untuk meminta wang. Gambar dirakam pada 17 Nov 2010 di hadapan CIMB Kajang.
Semenyih Baru mendapati antara satu hingga tiga orang bergiat memunggut duit daripada pemandu kerana "membantu" mereka untuk mendapat tempat parkir di kawasan parkir MPKj. Penjaga haram berkenaan didapati lesap setelah menyedari Semenyih Baru sedang merakam gambarnya pada malam itu. Kemungkinan mereka ialah penagih dadah melihat daripada keadaan fizikalnya.
NOTA: Kajang juga dibanjiri oleh wanita dan anak-anak meminta sedekah (Pendatang asing rasanya?) yang duduk melepak di kaki lima kedai. Sudah lama tanpa tindakan daripada pihak berwajib. Ramai pula antara kita yang bermurah hati menghulurkan sedekah seringgit dua. (Gambar berkaitan akan diposkan kemudian)

Ulasan
Catat Ulasan