Secara kebetulan, baru-baru ini saya ke kawasan penempatan Orang Asli Kampung Kechau, Semenyih atas urusan tugas. Untuk bertemu Tok Batin, saya ke rumah beliau tetapi difahamkan, beliau berada di tanah perkuburan. Ada satu kematian, seorang wanita, 60-an tahun, meninggal dunia kerana penyakit kronik. Saya menuju ke tanah perkuburan di atas bukit dan dapat melihat upacara pengkebumian masyarakat Orang Asli di situ. Upacara pengkebumian dilakukan oleh seorang Mubaligh Krstian, yang saya fikir datang dari Kajang. Majoriti masyarakt di situ masih lagi belum beragama Islam. Bacaan "doa" sepanjang lebih 30 minit di lakukan dalam Bahasa Melayu oleh Mubaligh tersebut dan menggunakan pembesar suara berkuasa bateri. Ia dibantu oleh kakitangannya seramai 5 orang, datang dengan menggunakan sebuah van. Lelaki berbaju putih ialah Mubaligh Kristian yang dimaksudkan Kehidupan Orang Asli di sini sudah banyak berubah dengan bantaun kerajaan dari masa ke sem
Kegiatan kuari di Hulu Langat telah ujud sejak sekian lama dan ada di antaranya, operasi kuari hanya akan tamat selepas 30 tahun permit dikeluarkan. Terdapat 11 buah syarikat yang diberikan kebenaran mengusahkan kuari di daerah Hulu Langat, masing-masing beroperasi di Hulu Langat, Kajang dan Semenyih melibatkan keluasan tanah yang sangat besar... Artikel ini akan saya sempurnakan sedikit masa lagi. Pembaca yang mempunyai atau ingin berkonsgi maklumat mengenai perkara ini, boleh email kepada saya: semenyihbaru@gmail.com Terima kasih
Sudah lebih enam (6) bulan berlalu namun jalan yang runtuh itu belum lagi dibaiki. Paling teruk, tiada jalan alternatif atau jalan pintas yang boleh digunakan oleh penduduk dari kedua-dua hala yang terputus. Jalan Sungai Tekala - Hulu Langat yang terputus itu sebelum ini digunakan lebih 500 kenderaan setiap hari yang menghubungkan Semenyih, Hulu Langat Selangor dan juga Jelebu di Negeri Sembilan. Runtuhan yang berlaku pada awal malam 6 November 2013 telah menyebabkan dua buah kereta serta sebuah motosikal terjatuh di dalam runtuhan itu. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa terjadi. Kenderaan-kenderaan tersebut sehingga sekarang masih tidak dapat dikeluarkan. Baik kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), semuanya membisu. Sebagai rekod, jalan runtuh ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Gambar atas: Tempat runtuhan sejauh kira-kira 200 meter Gambar bawah: Jalan ditutup kepada semua kenderaan
geng GAYAH diorg nih! hahaha!
BalasPadamSerius, benci dengan masalah sosial ini kan???????????????????
BalasPadam