Secara kebetulan, baru-baru ini saya ke kawasan penempatan Orang Asli Kampung Kechau, Semenyih atas urusan tugas. Untuk bertemu Tok Batin, saya ke rumah beliau tetapi difahamkan, beliau berada di tanah perkuburan. Ada satu kematian, seorang wanita, 60-an tahun, meninggal dunia kerana penyakit kronik. Saya menuju ke tanah perkuburan di atas bukit dan dapat melihat upacara pengkebumian masyarakat Orang Asli di situ. Upacara pengkebumian dilakukan oleh seorang Mubaligh Krstian, yang saya fikir datang dari Kajang. Majoriti masyarakt di situ masih lagi belum beragama Islam. Bacaan "doa" sepanjang lebih 30 minit di lakukan dalam Bahasa Melayu oleh Mubaligh tersebut dan menggunakan pembesar suara berkuasa bateri. Ia dibantu oleh kakitangannya seramai 5 orang, datang dengan menggunakan sebuah van. Lelaki berbaju putih ialah Mubaligh Kristian yang dimaksudkan Kehidupan Orang Asli di sini sudah banyak berubah d...
Penggunaan Kad Sim Tempatan Untuk Smartphone Para jemaah haji atau umrah Malaysia yang berada di Arab Saudi sama ada di Mekah atau Madinah, boleh membeli kad sim prabayar tempatan untuk digunakan dalam telefon masing-masing. Antara syarikat telefon tempatan ialah Saudi Telecom Company (STC), Zain KSA (Zain) atau Mobily Saudi Arabia (Mobily) Menggunakan perkhidmatan roaming kad sim/operator telefon Malaysia di Arab Saudi sama ada untuk data atau suara adalah agak mahal. Menggunakan kredit yang dimasuk terus untuk melayar internet/perisian smartphone juga akan menyebabkan kehabisan kredit dengan cepat. Sila ikuti langkah-langkah di bawah. Saya mencadangkan jemaah menggunakan kad sim prabayar Mobily dengan harga serendah 10SR. Kad ini banyak dijual di Lapangan Terbang Jeddah atau wakil-wakil penjual di Mekah dan Madinah. Kad topup pula dalam nilai 10SR, 30SR, 50SR dan100SR. Pejabat/kios syarikat-syarikat telef...
Kamera "Kaki Lima " Saya mula menggunakan kamera ketika di tingkatan tiga. Disebabkan minat untuk menggunakan kamera, saya hanya mampu membeli kamera murah yang dijual di kaki lima dengan harga RM15.00 pada tahun 1975. Duit itu saya kumpul daripada belanja sekolah dan juga pemberian "duit raya". Zama dulu duit raya hanya sekadar 10 sen atau 20 sen yang sama juga nilai duit belanja sekolah. RM15.00 pada ketika itu boleh dikatakan mahal juga. Gambar bersaiz 3 inci (separuh 3R) yang diambil menggunakan kamera "kaki lima", menggunakan filem gulong monochrome 120 Kamera itu menggunakan filem gulong 120 dan sudah tentulah hanya gambar hitam putih sahaja yang dapat diabadikan. Jika saya tidak silap, era gambar warna hanya bermula pada 1977 atau 1978 (tengah cek fakta) yang perlu diproses di sebuah firma di Kuala Lumpur sahaja (pada ketika itu). Segulong filem 110 sebanyak 16 dedahan berharga kira-kira RM8.00 (jika tak silap) ketika itu. Sekarang f...
geng GAYAH diorg nih! hahaha!
BalasPadamSerius, benci dengan masalah sosial ini kan???????????????????
BalasPadam