Berbasikal Merentas Selangor

Kemaskini 26 Dis 13

Klik Untuk berita penuh




Mulai 25 Dis hingga 29 Dis 2013, empat (4) orang pengayuh akan berbasikal sejauh 324 km merentas Selangor bagi membawa mesej gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di negeri ini. Mereka ialah, Haji Ramli Hj Yusof, 62 tahun, Haji Ramli Mohd Noor (60), Hj Karim Yusof (63) dan Abu Samah @ Pak Chat (61). Kesemuanya dari Semenyih, Selangor.

Hj Ramli, bekas guru dan Hj Karim, bekas tentera merupakan pengayuh tegar. Kedua-duanya sudah berbasikal merentas seluruh negara serta ke Indonesia dan negara-negara ASEAN. Abu Samah pula merupakan pemegang Malaysia Guiness Record yang pernah berbasikal seluruh negara satu ketika dulu. Manakala Hj Ramli Mohd Noor ialah aktivis hidup sihat yang sering terlibat dalam pelbagai kegiatan merentas desa dan lain-lain.

YB Datuk Hj Johan Abd Aziz, ADUN Semenyih akan melepaskan mereka pada jam 9.00 pagi, 25 Disember ini di Semenyih Sentral.

Keempat-empat pengayuh ini akan melalui, berhenti rehat atau bermalam di Dengkil, Telok Panglima Garang Sijangkang, Klang, Kapar, Kg Sembilang,  Pantai Remis, Jeram, Bukit Melawati dan Kampung Sungai Yu dan Kuala Selangor.

Laluan kayuhan pulang ialah Kuala Selangor, Petronas Sekinchan, Ijok, Parit Seong, Kg Raja Musa, Estet Sime Darby, Agro Tek Ijok, Kg hang Tuah, Bestari Jaya, Sungai Buluh, Kepong, Batu Cave, Gombak Setia, Taman Melawati, Klang Gate, Zoo Negara, Kemensah, Ampang, Hulu Langat dan Semenyih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai