Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu

Terkini:
PERHATIAN:

Mulai Ahad,  6 Feb 2011, lokasi senamrobik Kecergas akan  berpindah dari Tesco Semenyih ke Perkarangan Sekolah Kebangsaan Semenyih (sebelah Masjid Jamek Raja Muda Musa) mulai 9 hingga 10 pagi disebabkan faktor teknikal.  Namun, sesi timbang berat badan setiap Jumaat kekal di Tesco Semenyih dari jam 5 - 10 malam.   Harap maklum.


Jumaat, 28 Jan 2011. Sebahagian peserta menimbang berat badan di Tesco Semenyih. Stesen timbang akan dibuka setiap Jumaat dari jam 5.00 petang hingag 10 malam sehingga hari penutup program. Dikuti dengan senamrobik di perkarangan Tesco setiap Ahad, 9 -10 pagi. Sila berbaju T yang diberi.
Perasmian program anjuran Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS) dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah berlangsung pada 23 Jan 2011 di Dewan Sekolah Menengah Bandar Rinching, Semenyih oleh Dato Markiman Kobiran, bekas Ahli Parlimen Hulu Langat.


Dua aktiviti utama program ini ialah menurunkan berat badan dan pertandingan kreatif berkaitan kesihatan di laman You Tube.com. Peserta yang berdaftar yang berjaya menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima (5) kilogram sehingga pertandingan ditutup pada 10 April 2011 akan menerima sumbangan RM50.00 dan RM300 (johan), RM200 (kedua) dan RM100 (ketiga).



Serentak penganjuran ini, senamsihat kesihatan atau senamronik akan diadakan di perkarangan Pasaraya Tesco Semenyih pada setiap ahad (9.00 - 10 pagi) bermula  30 Jan 2011 hingga 3 April 2011. Para peserta yang terlibat dikehendaki hadir mengikuti senaman ini sekurang-kurangtnya lima (5) kali. Jika sebaliknya, penyertaan adalah terbatal. Peserta juga dikehendaki menimbang berat badan minima lima (kali) di lobi Tesco Semenyih pada setiap Jumaat mulai  5.00 petang - 7.00 malam

Ulasan Semenyih Baru: Program yang dianjurkan sangat baik namun kehadiran orang ramai sangat mendukacitakan. Majlis perasmian diadakan di sekolah tapi murid-murid pun tak ada. Guru-guru pun tak ada juga. Jalan masuk ke tempat program tiada satu banner pun. Sebab tulah orang tak tahu malah yang datang pun tercar-cari tempatnya. Wakil penganjur kata, 800 flyers dihantar, dilekat pada kereta. Patutnya dengan peruntukan yang besar, sekurang-kurang 3,000 flyers dihantar dari rumah ke rumah. Bukan setakat 800 jer. Kalau dikira, penduduk di Pelangi Semenyih, Bandar Rinching dan Tasik Kesuma bukan kepalang ramainya. Anggota keluarga PGA (kem baru) pun tak nampak.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai