Jumaat, 21 Januari 2011

Sukaneka TDM 2011 Mencetus Fenomena

Ketika merasmikan  Sukaneka Taman Desa Mewah (TDM) 2011, 16 Jan lalu, ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abdul Aziz telah mengumumkan projek penurapan halaman  surau taman itu berjumlah RM30,000. Peruntukan khas itu disediakan oleh ICU Jabatan Perdana Menteri. Masjid Raja Muda Musa, Semenyih turut menerima peruntukan RM50,000 untuk menaik taraf dewan sembahyang yang kini tidak dapat menampung pertambahan jemaah.

YB Datuk Johan menyambut belon yang dilontar oleh datin Norsiah Ismail

Sukaneka TDM telah dihadiri kira-kira 600 orang penduduk taman itu dan dari taman-taman berhampiran. Pelbagai acara sukan dan permainan untuk pelbagai peringkat diadakan serta cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah seperti hamper, barang elektrik dan dua buah basikal.  Datuk Johan dalam reaksinya melahirkan kegembiraan kerana sukan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk dan menyifatkannya sebagai satu penganjuran yang berjaya. Sekaligus, ia telah menimbulkan satu fenomena kerana  selepas beberapa hari berlangsung ia masih diperkatakan dari mulut ke mulut serta dibincangkan dalam laman-laman sosail seperti Twitter dan Facebook. 

Uek... ada lagi motor kombat nie? .....

Acara Lambung Kasih disertai paling ramai peserta, melebihi 60 psangan

Sukaneka TDM 2011 telah dianjurkan oleh UMNO Cawangan Desa Mewah dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Perkumpulan Wanita (WI) Batu 1, Jalan Bangi, Rukun Tetangga Desa Mewah dan ditaja oleh beberapa buah syarikat antaranya, Kumpulan Perubatan Johor (KPJ), Telekom Malaysia (TM), Kelab Motosikal Jaguh Kuala Lumpur dan Lembah Klang (KEMOJA  - KLLK), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan lain-lain.

3 ulasan:

  1. Kelab Music Society, the University of Nottingham Malaysia menyediakan perkhidmatan PA System dan siaraya untuk kenduri kahwin, kenduri akad nikah, kenduri doa selamat, majlis kesyukuran, majlis makan malam, karaoke dan persembahan pentas sekitar kawasan Semenyih, Kajang dan Kuala Lumpur. Kami menawarkan perkhidmatan dengan kelengkapan terbaik pada harga yang berpatutan.

    Sila hubungi;

    Tel : 012-5456579 (Zulfadzli)
    Email : unmcmusic@gmail.com
    Website : http://projekkenduri.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Bagus blog nie tetapi kenapa terhenti?

    BalasPadam
  3. Cik Rina Shahrina;
    Terima kasih kerana melawat blog saya.
    Kesuntukan masa menyebabkan blog ini tidak diupdate. Insya Allah saya akan cuba mengatasinya.
    Wassalam

    BalasPadam