Krisis Air Terawat

Ramai yang keliru disebabkan bukan musim kemarau tetapi air kolam, parit, sungai tidak kering namun peliknya buka paip tiada air. Hujan pula hampir selalu.  Banyak tempat yang sering mengalami keputusan air termasuklah di bulan Ramadhan ini. Kerajaan Negeri Selangor kata, air berlebih-lebih sampai melimpah-limpah. Syabas pula kata, tekanan air rendah dan pemulihannya sukar dijangka. Kerajaan Pusat pula percaya, daripada kajian yang dibuat oleh pakar sejak tahun 2000,  Selangor akan menghadapi krisis air pada 2014 jika Projek Sungai Langat 2 tidak disiapkan.


Namun isu sebenarnya ialah,  Selangor menghadapi masalah air yang terawat (atau air yang sudah dirawat) melalui 33 buah loji penapisan air sedia ada. Air yang dibekalkan di rumah kita ialah air sungai atau air tadahan yang disalirkan ke empangan  (disebut air mentah) seperti Empangan Semenyih  lalu diproses (dirawat) menjadi air yang bersih. Pendek kata, air yang kita minum di rumah ialah air yang sudah bersih  setelah dirawat (bukan air mentah dari sungai atau kolam dll) oleh syarikat konsensi air seperti Puncak Niaga.

Faktor-faktor yang menyebabkan  kekurangan air, hendaklah dibaca sebagai kekurangan air terawat:

1. Loji penapisan air sedia ada telah direkabntuk  dengan  muatan pemprosesan air sebanyak  384 juta liter sehari tetapi beroperasi pada purata 450 juta liter sehari. Bermakna, kadar operasinya sehingga 120 peratus melebih kemampuan yang sebenar.  Pada dasar dan lazimnya, keupayaan mekanikal dalam mana-mana logi (plants & equipments)  direkabentuk untuk beroperasi pada tahap maksima 90 peratus sahaja.  

2, Loji beroperasi  24 jam sehari selama 365 hari setahuan tanpa henti. Ini menyebabkan keadaan pam atau enjin terdedah kepada kerosakan dan kesukaraan atau ketiadaan masa untuk penyelenggaraan - melainkan pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya, apabila orang ramai di Lembah Klang pulang ke kampung.  Di kala itu, loji  beroperasi pada tahap 80 peratus yang memberi ruang ruang yang sangat terhad (kira-kira 20 peratus daripada waktu operasi)  untuk menyelenggra peralatan mekanikal. Bayangkan apa berlaku  kereta kita bergerak selama 24 jam, 365 hari setahun?

3. Kebanyakan loji sedia ada telah disiap dibina pada pertengahan 1970-an. Jangka hayat mekanikalnya hanya 30 tahun. Ini bermakna, loji air  di Selangor sudah berusia  lebih 40 tahun yang beroperasi lebih daripada tempoh hayatnya. Temph hayat yang biasa ialah 30 tahun sahaja. Dengan usia yang sebegitu lama (40 tahun), oprasi loji-loji berkenaan boleh lumpuh pada bila-bila masa sahaja (jika loji baru tidak dibina segera)
4. Takongan  pengimbang (balancing reservoir) pula tidak dapat menampung keperluan pengguna (jumlah pengguna bertambah secara mendadak) seperti (contoh) berlaku di kawasan Balakong. Walaupun Syabas mengepam air setiap hari tetapi ia tidak dapat dilakukan sehingga kapasiti maksima (kerana masalah teknikal)
5. Puncak Niaga  sebagai syarikat operasi loji  telah membuat cadangan untuk menaiktaraf loji sedia ada sejak empat (4)  tahun lalu tetapi tidak dilayan oleh Kerajaan Negeri Selangor (Kerajaan Pakatan Rakyat). Ini bermakna, langkah-langkah untuk mengatasi masalah baik pada jangaka pendek atau jangka panjang tidak dapat dilaksanakan dan kerana itu, masalah kekurang air akan berterusan.

 6. Masalah kekurangan air juga telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri melalui Exconya. Malah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai wakil di dalam Syabas sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah. Untuk rekod, Kerajaan Negeri Selangor memilik 30 peratus kepentingan di dalam Syabas. Tetapi, Exco berkenaan telah membuat kenyataan yang berlainan daripada apa yang ditaklimatkan. Maknanya, mereka telah berbohong mengenai fakta  berkaitan isu air Selangor kerana kepentingan politik.

Gambar: Lori tangki Syabas membekalkan air di kawasan Taman Haneco, Semenyih. Banyak kawasan di Semenyih dan Beranang mengalami kekurangan air sejak Mac 2012
Nota: (1) Selangor dan Lembah Klang  pada Februari 1988 mengalami krisi air yang sangat teruk. Tiga buah empangan, Empangan Klang Gate, Empangan Batu dan Empangan Semenyih menghadapi kekeringan air yang kononnya berpuncara daripada kesan panas El-Nino.
(2) Krisis air di Melaka  pada 1991 berlarutan selama tiga bulan akibat Empangan Durian Tunggal yang hampir kering. 
(3) Pada 20 Mac 2012  Kerajaan Pusat telah pun siap membina sebuah loji baru di Sungai Labu yang mampu merawat air mentah sehingga 45 juta liter sehari seterusnya membekalkan kepada pengguna di sekitar Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hingga ke Tanjung Sepat, Bagan Lalang dan  Sungai Pelek. Namun rizab air bersih keseluruhan sebanyak  151.8 juta liter sehari sahaja  pastinya tidak mencukupi untuk pembangunan masa hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai