Kedai Rakyat 1Malaysia (Semenyih)

Selepas Kedai Kain 1Malaysia (KR1M) dibuka di Dusun Tua Hulu Langat  Julai lalu, pada 18 Disember 2012 yang lalu pula dibuka Kedai Rakyat 1Malaysia bertempat di Taman Pelangi II, Rinching, Semenyih Selangor. Pembukaan kedai harga patut itu telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob yang dihadiri lebih 3,000 orang. Turut hadir ialah ADUN Semenyih Datuk Hj Johan Abd Aziz dan ADUN Dusun Tua, Ismail Sani.

KR1M di Rinching itu dijangka dapat memberi perkhidmatan kepada lebih 20 ribu pengguna di Mukim Semenyih dan Beranang. Dengan perbezaan harga kira-kira 30 ke 40 peratus lebih murah daripada harga pasaran, sudah tentu ia memberi manfaat yang bukan sedikit kepada penduduk di kawasan tersebut di samping dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai