Sabtu, 12 Mac 2011

Makan Untuk Hidup...

Jumaat lalu, beberapa peserta Program Kesihatan, Makan Bila Perlu, Senam Selalu, Banyak Penyakit Berlalu menerima sebuah buku, Makan Untuk Hidup daripada Pengerusi KECERGAS, Ramli Mat Nor. Buku itu yang antara lain memberi maklumat berkaitan penjagaan diri, riadah dan pemakanan amat sesuai untuk para peserta program kesihatan berkenaan.

Seorang peserta bertanya sesuatu kepada Ramli selepas sesi timbang berat

Menurut Ramli, buku edisi pertama itu adalah karangan beliau yang ingin berkongsi mengenai tip-tip kesihatan kepada para pembaca. Beliau yang aktif bersukan dan beriadah sejak 18 tahun lalu dapat mengekalkan berat badan yang ideal, yang kini beratnya ialah 51 kilogram, berusia 61 tahun. Sepanjang penglibatanya, Ramli telah menyertai pelabagi pogram riadah tempatan dan antarabangsa seperti marathon penuh, larian 5 dan 10 km, berbasikal, berjoging dan mendaki gunung. Ramli juga giat dalam pelbagai program komuniti dan NGO.

Berkongsi maklumat..... Buku karya Ramli Mat Nor, Presiden KECERGAS

Seramai 10 orang peserta program anjurannya yang bermula Janurai lalu telah berjaya menurunkan berat badan minia 5 kilogram sehingga kini. Setiap peserta yang berjaya akan mendapat ganjaran RM50.00 seorang.
Ramli menyampaikan bukunya kepada seorang peserta

Maklumat lanjut dan berkaitan, sila layari: http://kecergas.blogspot.com/
http://ramlimatnor.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan