Terbakar

Sebuah kawsan bersemak kepunyaan persendirian berhampiran Jalan 7 dan Jalan 7A, Taman Desa Mewah, Semenyih terbakar kira-kira jam 5.00 petang 15 Mac lepas. Kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran yang dibuat oleh individu tertentu. Beberapa hari sebelum kejadian, didapati ada kesan-kesan kebakaran keci di Jalan 7 yang dipercayai dilakukan oleh penduduk yang ingin membersihkan kawsan bersemak di hadapan rumah mereka.


Gambar oleh Azley Kassim

Dua buah jentera bomba daripada Pejabat Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran  dalam tempoh dua jam. Api marak dengan cepat disebabkan, di kawasan tersebut terdapat banyak bahan buangan seperti kayu-kayu, papan dan juga tayar terpakai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai