Sampai di Saratok

Kayuhan Hj Ramli Hj Yusop masuk hari ke enam sejak  27 Feb 2011. Semalam, beliau telah sampai di Saratok dari Sri Aman dengan jarak kayuhan kira-kira 130  kilometer dengan kelajuan kayuhan kira-kira 20 km sejam. Bermalam di sebuah masjid dekat Saratok. Keadaan cuaca dari Sri Aman adalah baik walaupun pada hari pertama hujan sepanjang perjalanan antara Sematan ke Kuching. Kata Haji Ramli, setakat ini kayuhannya adalah normal dan belum berhadapan dengan masalah getir. "Alhamdulillah, belum berlaku tayar pancit", katanya.

Hari ini, kayuhan akan diteruskan menuju ke Sibu sejauh kira-kira 113 km jika keadaan mengizinkan. Jika sebaliknya, beliau akan berhenti bermalam di tempat-tempat tertentu. Esok, Jumaat (dan pada setiap Jumaat) Haji Ramli tidak berkayuh dan berpeluang untuk berehat sambil menikmati suasana alam di Sibu. Jumaat juga akan digunakan untuk menyelenggara basikal dan kerja-kerja mencuci pakaian dan seumpamanya. Selepas Sibu, lokasi seterusnya ialah Mukah dan Bintulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai