Rabu, 29 Disember 2010

Jejantas SK Bandar Teknologi (2)

Alhamdulillah, jejantas yang menghubungkan  Pangsapuri Teratai, Villa Height, Kajang ke SK Bandar Teknologi telah boleh digunakan.

Baca artikel berkiatan

Gambar daripada Facebook YB Datuk Hj Johan Abd Aziz

Selasa, 28 Disember 2010

Stok Akhir, Murahnya!

Memang murah. Potongan sehingga 50 peratus.
SemenyihBaru melihat ramai pembeli/pengguna yang memilih atau membeli produk-produk yang telah dikelaskan sebagai "stok akhir" oleh pengurusan pasaraya. Memang tiada salahnya membeli produk berkenaan kerana barang-barang tersebut merupakan keperluan harian dan bukan untuk disimpan lama yang kebanyakannya ialah  barang-barang makanan dan sebagainya.

Pengkelasan stok akhir disebabkan barang-barang tersebut perlu dijual atau dihabiskan segera kerana tempoh tamatnya (hayat ?) hampir lupus. Ia merupakan strategi pemasaran yang mungkin berkesan oleh pengurusan pasaraya untuk mengelakkan kerugian atau langsung tidak habis dijual.


Namun perngguna perlu berhati-hati. SemenyihBaru khuatir berlaku kesilapan "tagging" kepada beberapa produk berkenaan kerana tempoh tamatnya  agak lama, kira-kitra 30 hari  pada hari produk tersebut dipamerkan sebagai jualan stok akhir. Jika tarikh lupusnya masih lama, perlukah ia  dijual atau perlu dihabiskan segera? Baguslah kalau begitu sebabnya, pengguna mendapat keuntungan tetapi jiak sebaliknya, pengguna  juga yang mendapat risiko atau bencana.

(Lihat gambar di atas, bulatan merah menunjukkan tarikh lupus, manakala gambar telah dirakam pada 17 Dis 2010 di sebuah pasaraya besar di Semenyih).


Kepada pengguna, berhati-hatilah ketika berbelanja.

Sabtu, 25 Disember 2010

Maruah Bahasa Melayu kini

Lihat gambar (klik untuk besarkan). Fikirkanlah. Ulasan anda sangat dialu-alukan.

Menu yang diletakkan di kesemua meja di restoran yang dimaksudkan di Semenyih

... dan di bawah satu lagi contoh nyata, Bahasa Melayu dibakul-sampahkan... walaupun "Selangor Bersinar" atau "Selangor Berkelipan" (atau yang seumpama) lebih sesuai atau boleh digunakan tetapi malangnya orang Melayu sendiri memilih basasa penjajah! Lainlah jika Bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan atau istilah yang hendak digunakan.


Sementalahan itu, SemenyihBaru terfikir, apakah logo di atas mempunyai kaitan/persamaan dengan logo di bawah atau persamaannya (jika ada) secara kebetulan? Lihat  "persamaan"   penggunaan  konsep  bintang di dalam bulatan di bawah dan lihat juga bintang gambar di atas. Mengapa memilih tiga (3) bintang. Mengapa tidak lima (5) bintang? Bukankah Bintang 3 itu lambang kepada ideologi dan perjuangan komunis!, dan kita "diseru" mengagungkannya?

Gambar Ketua Parti Komunsi Malaya, Chin Peng berlatar belakang bendera komunis


Artikel/entri berkaitan kedaulatan bahasa  (klik)
Facebook

Tergantung - Entri Bergambar

Entri bergambar
Sebatang pokok betik menumpang di  sebatang pokok kelapa di Hulu Langat


Awas... buah kelapa  di pohon ini juga banyak yang tua/kering, dikhuatiri menimpa sesiapa yang lalu di bawahnya.

Jumaat, 24 Disember 2010

Ahh... Bocor Pula!

Ahh, bocor pula....
Lebih kurang sebulan yang lalu, main hole tersumbat. Bila na**s dipam dari tandas, ia tak mau tenggelam! Oooo, menyusahkan atau mengelikan? Lalu, bantuan Indah Water, syarikat pembentungan negara dipanggil segera. Masalah selesai dengan peralatan dan  kecanggihan teknologi yang dimiliki. Tak perlu korek-korek atau pecah-pecah. Beres!


Kontraktor sampai di lokasi dan memulakan kerja....

23 Disember lalu, paip pecah atau paip bocor pula dialami oleh penduduk di Taman Desa Mewah. Pada waktu pagi, seorang pekerja  anak Syarikat Syabas datang membuat siasatan. Menggunakan sejenis  alat pengesan yang begitu simple, (nama alat saya tidak tahu tetapi kemungkinan menggunakan teknologi radiodetection) beliau berjaya mengesan lapan (8) lokasi paip bocor di taman berkenaan. Kes yang dikesan itu tidak termasuk kes-kes  yang bocor yang ditemui sebelum ini.

Dikesan! dalam bulatan dan anak panah merah. Sila besarkan gambar untuk melihat paip yang bocor akibat kecuaian kontraktor pemaju perumahan

Paip yang "pecah" ditukar dan disambung semula. Beres juga!

Hari yang sama, kira-kira jam 2.00 petang, kontraktor Syabas datang ke lokasi. Kerja-kerja "menutup" kebocoran dilakukan segera. Saya mengucapkan syabas kepada SYABAS kerana tindakan pantas mereka. Kes diselesikan dengan cepat dan sekaligus mengelakkan pembaziran air akibat kebocoran yang berlaku setiap hari di kebanyakan tempat. Namun, nampaknya Syabas masih  menggunakan kaedah  "korek  timbus tampal" berbanding Indah Water.

Berkaitan hal paip bocor, mujur jika yang bocor itu berlaku sebelum meter.  Ada penduduk  di sini yang telah "terkena". Bil airnya beribu ringgit disebabkan kebocoran paip di bawah lantai rumah dan hanya disedari/diketahui apabila mendapat bil air yang memeranjatkan. Ada  kes yang berpunca daripada kecuaian kontraktor/pemaju dan sebahagian lagi disebabkan kerosakan seperti paip yang berkarat dll. Justeru, sila periksa saluran paip di rumah anda sebelum anda sakit kepala dengan bil yang melonjak gila.

Kerja selesai tetapi bila pula bekas korekan ini akan diturap?  Mujur jubin tidak pecah!

Telah diturap oleh kontraktor Syabas  pada 27 Jan 2010 

Rabu, 22 Disember 2010

"Arghh.... Saya Darah Tinggi..."

"Arghhh, saya darah tinggi, tak boleh makan daging kambing", kata Pak Non.
"Ohh, saya kalau makan kambing, tak boleh berjalan nanti, ghout", kata pula Halim, 47 tahun.
"Saya tak pernah makan kambing, sedap ker?", tanya Junaidah, 23 tahun. Baru berkahwin tiga bulan lalu.
"Saya pula pantang kalau dihidangkan daging kambing. Lebih-lebih lagi kalau yang BBQ. Pantang jumpa", jelas Othman, 56 tahun.

Malah ada pula yang mengaitkan daging kambing dengan kekuatan lelaki.

Itulah antara reaksi biasa mengenai daging kambing. Hakikatnya, stigma takut makan daginbg kambing dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik, antaranya darah tinggi dan ghout.

Seekor kambing Jamnapari seberat kira-kira 30 kilogram telah disembelih untuk majlis Akikah di Semenyih hujung minggu lalu. Daging tersebut  sebanyak satu kawah habis dijamu kepada tetamu dengan nasi yang dimasak sebanyak 25 kilogram. Siapa yang tidak makan daging kambing? He eee....

Daging kambing sebenarnya bukan punca kepada penyakit kronik yang dibayangkan oleh kebanyakan orang jika diambil atau dimakan secara betul. Sebaliknya daging kambing tidak mempunyai protein yang tinggi dan tidak akan menyebabkan  kolestrol yang tinggi di dalam tubuh badan.


Seekor kambing panggang boleh selesai dalam tempoh 30 minit sahaja.....

Ahad, 19 Disember 2010

Gagasan Perpaduan Semenyih

Gagasan Perpaduan Semenyih (GPS), sebuah NGO baru bakal ditubuhkan yang keanggotaannya dibuka kepada semua masyarakat di kawasan Semenyih dan juga kawasan-kawasan sekitaranya. GPS bertujuan untuk mengumpulkan  orang-orang yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kepakaran atau keistimewaan tertentu untuk bersama-sama memperkasakan perpaduan masyarakat di daearah tersebut melalui pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan.
Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa GPS dan pendaftaran ahli sedang dilaksanakan dan satu perjumpaan penaja akan diadakan selewat-lewatnya Januari 2011.

GPS di Facebook (klik)

Komen SemenyihBaru: Wah... yakin NGO ini di landasan betul kerana  "mempunyai"  global positioning system (GPS)

Khamis, 16 Disember 2010

Sembilan Hari Cuti Bagi Warga KL dan WP Pada 2011

Warga Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan atau mereka yang bekerja di wilayah itu, cuba rancang cuti tambahan pada 2011 kerana, kebanyakan cuti jatuh pada hujung minggu: Jika  dirancang  dengan teliti anda akan mendapat 9 hari cuti  berturut-turut pada minggu yang sama dengan hanya memohon dua hari cuti tahunan (atau MC, hee heee....) 

Sila lihat jadual di  bawah:

             TARIKH                               HARI                              CATATAN
1.  29 dan 30 Januari  2011         Sabtu dan Ahad                Hujung minggu

2.  31 Januari                               Isnin                                  Mohon cuti tahun

3.  1 Februari                               Selasa                               Cuti Hari Wilayah

3.  2 Februari                               Rabu                                 Mohon cuti tahun

4.  3 dan 4 Februari                     Khamis dan Jumaat         Cuti Tahun Baru Cina

5.  5 dan 6 Februari                     Sabtu dan Ahad                Hujung minggu

Komen SemenyihBaru:  Apa kata majikan. Ada berani lulus cuti kakitangan?
SemenyihBaru susah nak cuti kerana tugas terikat dengan  deadline

Selasa, 14 Disember 2010

"Ekk ... kau siapa? Ini Negaraku"

Namanya Syed. Umur 40-an.  Berasal dari Pakistan, masuk ke Malaysia empat tahun lalu. Menyewa bersama tiga orang kawan senegara di Bandar Teknologi, Kajang. Kata Syed, dia sudah berkeluarga - ada seorang isteri dan enam orang anak di Pakistan.

Inilah Syed, si pemotong rumput warga Pakistan

"Saya orang susah tuan", katanya sambil  bertanya jika saya mahu memotong rumput di halaman rumah. Saya tidak menyuruhnya memotong  rumput kerana kebiasannya saya akan memotong sendiri di halaman atau di kebun yang sekangkang kera, itu pun tanah reserved  Jabatan Saliran dan Perparitan. Saya bukan menceroboh tanah milik kerajaan tetapi jika tanah itu terbiar, ia bersemak samun.  Jadi, untuk mengelakkan ia menjadi semak samun  berhampiran rumah, saya bercucuk tanam sekadar sepohon dua pokok buah-buahan.

Berbalik kepada cerita Syed, daripada pendapatannya memotong rumput, setiap bulan beliau menghantar kira-kira RM700.00  untuk perbelanjaan keluarganya. Kata Syed lagi,  beliau membayar RM160.00 untuk sewa rumah dan bil elektrik serta air.  Sama ada percaya atau tidak,  Syed hanya belanja makan untuk dirinya sebanyak RM60.00 sebulan.

"Makan satu kali sehari tuan, waktu malam", katanya sambil menambah, beliau tidak boleh gagal menghantar  RM700 sebulan kepada keluarga sebab itu dia perlu ikat perut.

Benarkah Syed hanya makan sekali sehari? Benarkah beliau hanya membelanjakan RM60 sebulan untuk makan? Apalah yang boleh dimakan dengan duit RM60 itu? Ternyata, apa yang diluahkan Syed agak sukar diterima atau dipercayai oleh kita yang mewah berbelanja di negara sendiri. Kita  berbelanja sekurang-kurangnya RM5  uantuk makan   tengahari, RM2.00 untuk sarapan pagi menjadikan sekurang-kurangnya kita berbelanja lebih kurang RM200 untuk sarapan dan makan tengahari sebulan. Tetapi bayangkan Syed.....

Setiap hari Syed mengunjungi beberapa buah taman  jika bertemu dengan penduduk untuk memotong rumput. Namun, rumput di perkarangan rumah tidak di potong setiap hari. Oleh itu, Syed mencari rumah-rumah yang rumputnya panjang. Jika bernasib baik, dapatlah rezeki. Selang beberapa minggu, biasanya sebulan, Syed akan mengunjungi semula rumah berkenaan untuk menawakan perhidmatan.  Dia juga bernasib baik kerana ada beberapa orang penduduk yang "melanggannya" setiap bulan untuk perkhidmatan memotong rumput.

Ditanya, berapa yang dibayar untuk memotong umput, Syed berkata, terpulang kepada tuan rumah atau penduduk. Beliau tidak pernah  menentukan bayaran seperti si pemotong rumput yang lain.  Ada yang membayar  RM20 atau RM30 malah ada juga yang membayar RM50  ke RM80 menurut keluasan  tanah atau kawasan.

Mula datang ke Malaysia empat tahun lalu, beliau baru sekali pulang menemui keluarga di Pakistan. Julai lalu, beliau pulang ke kampung selama 30 hari dan kembali semual ke negara ini untuk mencari pendapatan.

Ditanya bila lagi beliau akan pulang, jawabnya, "mungkin  tiga atau empat tahun lagi".

Pekerjaan Syed memerlukan beliau mempunyai sebuah motosikal dan sebuah mesin pemotong rumput yang dibeli daripada rakan senegara yang pulang terus ke Pakistan. Selain Syed, ramai juga rakan senegaranya  melakukan pekerjaan yang sama yang kita penduduk tempatan tidak suka melakukannya. Bayangkan jika tidak ada orang seperti Syed, siapakah yang akan diharap untuk memotong rumah penduduk kita?

Ternyata kita mengharapkan orang asing dalam kebanyakan hal kehidupan kita. Daripada pembantu rumah, pekerja dapur, tukang kebun, pemandu, pengawal kelselamatan dan lain-lain, semuanya diisi  oleh orang asing. Kekadang saya naik darah apabila ditahan oleh pengawal  asing yang digaji untuk mengawal kawasan taman atau perumahan yang saya diami.

"Ekkk..., ini rumah aku, taman tempat tinggal aku, negara aku... mana mungkin orang asing pula yang mengawal aku keluar-masuk?".

Kini, banyak taman perumahan yang mengaji pengawal keselamatan yang jaganya ialah warga asing. Bila difikirkan, mereka ialah pengawal keselamatan yang digaji untuk mengawal keselamatan penduduk. Berkesankah  bila soal  keselamatn dipertanggungjawabkan kepada warga asing? Apa nak jadi?

Sabtu, 11 Disember 2010

Pelebaran Jalan Semenyih Di Simpang Sunway Semenyih (II)

Ada pembaca yang meminta SemenyihBaru update maklumat berkaitan  pelebaran jalan di simpang Bandar Sunway Semenyih. Sudah updated pada 6 Dis yang lalu di sini.  Terima kasih kepada saranan pembaca/pelawat berkenaan.

Lihat bulatan merah. Terdapat pindaan pada tarikh siap. Ini bermakna, kontraktor telah mendapat EOT (extension of time) daripada JKR selaku Pengurus Projek untuk fasa 1. Projek ini lewat enam (6) bulan daripada tarikh sepatutnya. Mampukah ia disiapkan selepas perlanjutan masa?

Gambar dirakam pada jam 11 pagi, Sabtu 11 Dis 2010. Hari Sabtu pun sesak!

Jumaat, 10 Disember 2010

Bunuh Diri

Seorang pekerja di restoran India Muslim di sebuah taman perumahan di Semenyih dilaporkan mati  dengan menggantung dirinya pada 9 Dis lepas. Kejadian dikatakan berlaku antara lewat petang dan awal malam dan disedari oleh rakan-rakan setugasnya beberapa ketika kemudian. Restoran  tersebut yang dibuka kira-kira tiga tahun lepas  menutup perniagaannya semalam bagi membolehkan pihak berkuasa membuat penyiasatan.

Difahamkan, pemuda berusia 25 tahun itu dipercayai menggantung diri antara jam  5 petang ke 8 malam pada masa beliau berehat di biliknya. Selepas 5 ptg, komunikasi antara rakan-rakan dan juga tuan punya restoran menerusi telefon dan SMS telah tidak bersambut. Tindakan beliau yang berasal dari India dipercayai ada berhubung kait dengan masalah peribadi dan cinta.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semenyih di Jalan Sungai Lalang selepas Isyak malam tadi (9 Dis) selepas pihak Polis selesai menjalankan siasatan. Jenazah diuruskan oleh jemaah Kariah Masjid Raja Muda Musa, Semenyih.

Rabu, 8 Disember 2010

Meteor Di Pantai Remis, Perak


Tidak susah untuk mengambil gambar masa ini berbanding pada zaman kamera menggunakan filem. Kini pelbagai jenis, jenama dan reka  bentuk kamera boleh didapati dengan harga serendah beberapa ratus ringgit sahaja seperti digital compact.  Kamera  Digital Single Lens Reflect (DSLR) pula semakin  diminati termasuklah yang baru berjinak-jinak di bidang fotografi. Walaupun pelbagai  teknik, fungsi dan kemahiran mengambil gambar (atau menggunakan kamera) perlu dimiliki tetapi, hari ini,  just click -- dengan fungsi autofocus, jadilah gambar yang hendak dirakamkan. Jika gambar diambil blur atau tidak jadi, click lagi. Bukan macam zaman filem, satu klik bererti satu exposure dan ia adalah kos.....

Di zaman digital, siapa peduli pasal aperture, speed, iso, exposure dll melainkan mereka yang bergelar jurugambar. Selebihnya, "Alaaaa.... set je kamera ke auto. Tak perlu susah payah  guna manual dan pening kepala untuk  hal-hal yang lain". Lebih daripada itu, kamera digital mempunyai fungsi nilai tambah (aded value) seperti mengedit terus daripada kamera atau mengubah  scene atau latarbelakang gambar.

Bagaimanapun, untuk mahir mengambil gambar, baiklah  belajar menggunakan manual walaupun ia sekadar hobi. Bagaimana mengambil gambar di tempat yang gelap misalnya. Bolehkah mengambil gambar bintang di langit tanpa  telezoom? Atau mampukah mengambil gambar burung yang terbang? Atau sempatkah kita merakamkan jet Sukhoi TUDM yang tiba-tiba berlegar di atas rumah kita atau hanya mampu merakamkan bunyinya sahaja?

Sehubungan itu, pada 4 dan 5 Disember lalu Planetarium Negara memberikan bengkel asas mengambil gambar di angkasa atau astrophotography  secara percuma.   Biasanya jika kursus berbayar, kurang-kurang perlu membayar RM400 sehari. Malah, makan tengahari dan malam pun ditanggung oleh penganjur!. Bertemakan The World at Night,  astrophotography ialah mengambil gambar di angkasa. Peserta seramai 40 orang semuda 17 tahun dan  ada yang berusia 60 tahun menyertainya kerana ia percuma dan juga kerana minat. Sayang, kursus dijalankan dengan masih  terdapat 10 tempat   kosong dan saya mengandaikan, mungkin  tidak ramai yang meminati astrophotography


Meteor Di Pantai Remis
"Jika kursus percuma ambil gambar di Bukit Broga atau di Pantai Morib, tentu ramai yang datang atau tak cukup tempat", komen beberapa orang peserta. Khabarnya, bengkel outdoor pula akan diadakan di Pantai Remis, Perak pada 12 dan 13 Disember akan datang. Di Pantai  Remis, peserta akan diberi tugasan untuk merakamkan gambar meteor yang menurut kajian Angkasa,  ia akan jatuh pada tarikh itu. Justeru, si kaki kamera, rebutlah peluang ini. Hanya si bertuah sahaja (di kalangan yang ramai-ramai) yang dapat merakamkan meteor dan ia akan mempunyai nilai yang begitu tinggi.

Langit di waktu malam. Gambar yang diambil oleh Khairul Amirin, 18, peserta yang baru belajar

Yang  teruja pada bengkel tersebut, terdapat seorang dua peserta membawa kamera dan peralatan mencecah nilai RM100 ribu, senilai dengan sebuah rumah teres! Wow.... mahalnya.  Maknanya, untuk mengambil gambar bintang di langit, banyak aksesori yang diperlukan seperti  pelbagai jenis lens dan telezoom, exposure meter dan seumpamanya di samping pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Sekadar  menggunakan 18-55 mm lens, apalah sangat yang dapat dirakamkan  pada kejauhan berjuta kilometer!
Gambar bulan dirakam menggunakan Nikkon DSLR D5000 dengan kanta biasa 18-55mm  secara "manual apperture" dan "manual focusing".  Kelajuan shutter f2 selama kira-kira 3 saat.

 Tips: Untuk mengambil gambar bintang, anda perlu berada di tempat yang betul-betul gelap tanpa cahaya lampu dan sebagainya. Cahaya lampu akan menyebabkan gambar anda menjadi kekuningan atau kemerahan. Maknanya, kalau nak ambil gambar bintang di KL,  gambar yang dirakamkan  nanti tidak "real"....

Artikel pasal DSLR sebelumnya

Selasa, 7 Disember 2010

AWAS, Kotor Macam Bangkai!

Dibaca seperti ini: Gay haram. Gay, jijik, keji busuk; Gay ....... (seterusnya)
Maklumat lanjut baca di sini (klik)

Isnin, 6 Disember 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432


Takziah

SemenyihBaru mengajak rakan-rakan Blogger dan pembaca bersama-sama membacakan al-Fatihah untuk allahyarham keluarga Saipol Naaim Mat Dan yang terbunuh kerana kemalangan jalanraya di Teluk Kemang, 5 Dis 2010.

Berita penuh di utusan: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Gambar Utusan Online

 
Gambar di rumah allahyarham/allahyarhamah. Kelihatan YB Datuk Johan dan Datuk Markiman Kobiran

Kesemua manga berasal dari Kg Padang, Batu 18 Hulu Langat dan (akan) dikebumikan dalam dua liang lahad  di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Perdik, Hulu Langat.  SemenyihBaru yang menziarahi keluarga mangsa pada pagi ini menganggarkan kira-kira 1,000 orang jiran, saudara-mara,  rakan sekerja dll  menziarahi atau menghadiri majlis pengkebumian. Turut hadir ialah YB ADUN Semenyih,  Datuk Hj Johan Abd Aziz dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Hj Markiman Kobiran.

Turut memberikan kerjasama ialah  Polis Bantuan SYABAS dan anggoat RELA yang membantu mengawal trafik di situ.
Muka depan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan & Melaka bertarikh 6 Dis 2010

Ahad, 5 Disember 2010

SK Bandar Sunway Semenyih

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway Semenyih akan dibina pada awal pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di atas tapak yang telah disediakan oleh pemaju. Terbinaya sekolah itu kelak akan memudahkan para penduduk  terutamanya yang tinggal di Bandar Sunway dan Taman Desa Mewah untuk menghantar anak masing-masing mendapatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah.

Datuk Johan bergambar bersama anak-anak Tadika Mega Suria.
Di kiri Datuk Johan ialah Pn rahimah Abd Razak, Pengetua Tadika Mega Suria

Berita baik itu diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz  ketika merasmikan Hari Graduasi dan Konsert Tadika Mega Suria di Dewan Besar Nottingham Universiti  pada 5 Dis 2010. Menurut Johan, Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Haji Mohd Puad Zarkashi telah bersetuju sekolah rendah tersebut didirikan segera  ketika  dibawa melihat masalah-masalah di   beberapa buah sekolah di Semenyih baru-baru ini.

(Gambar atas) Datuk Johan menyampaikan sijil dan Pn Rahimah
(Bawah) Datuk Johan dan isteri Datin Norsiah  (di kanan Datuk)

Tapak sudah disediakan. Kini sudah bersemak-samun!
Ketika ini, Bandar Sunway Semenyih mempunyai kira-kira 5,000 penduduk dan Taman Desa Mewah kira-kira 3,000. SK Bandar Sunway juga akan menyelesaikan kesesakan di beberapa buah sekolah rendah di sekitar taman perumahan itu seperti SK Pekan Semenyih dan SK Bandar Teknologi.  Pada masa sama juga, datuk Johan turut memkalumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah memberikan peruntukan segera untuk pembangunana beberapa buah sekolah lain seperti sebuah dewan berhawa Dingin di SK Pekan Semenyih, sebuah Surau di SMK  Bandar Baru Rinching  bernilai RM500 ribu dan peruntukan sebanyak 1.2 juta untuk SK Beranang.

SKUAD KHAS RELA

Satu platon Skuad Khas RELA akan ditubuhkan untuk memberi peluang kepada belia dan orang dewasa memberikan perkhidmatan sukarela  dalam sebuah organisasi yang  berpakian seragam yang mempunyai disiplin khusus ketika bertugas.

Antara lain Skuad Khas ini akan melaksanakan tugas-tugas  eksklusif pada sesuatu masa seperti:
  • Kawalan dan iringan VIP
  • Operasi  khas berkala
  • Kawalan keselamatan khas majlis-majlis tertentu
  • Membantu agensi kerajaan menjayakan program-program masyarakat
Mereka yang berusia antara 18 hingga 35 tahun yang berminat untuk menyertai platon Skuad Khas ini boleh memberikan nama, no telefon dan kad pengenalan ke emel: semenyihbaru@gmail.com. Hanya 40 orang anggota sahaja  yang akan dipilih daripada penduduk kawasan sekitar Semenyih seperti Taman Desa Mewah, Bandar Sunway, Bandar Teknologi, Taman Sahabat dan Taman Paling Jaya. Watikah perlantikan akan dibuat pada satu majlis dalam bulan Januari 2011.

Anggota  skuad ini akan menikmati beberapa kemudahan:
  • Insuran berkelompok
  • Pakaian seragam percuma
  • Elaun operasi  yang diluluskan kerajaan
  • Latihan asas

Jumaat, 3 Disember 2010

Siapakah Yang Tidak Bermaruah Itu?

Menjual pasir kepada mana-mana negara luar adalah satu perbuatan hina dan tidak bermaruah kerana ia umpama menjual negara sendiri.  Jika diambil  iktibar, penambakan Pulau Tekong oleh Singapura telah dan akan memberi pelbagai kesan politik, ekonomi,  keselamatan, alam sekitar dan seumpamanya  secara berpanjangan kepada Johor dan Malaysia. Malah, penambakan itu tidak mungkin berjaya tanpa pasir yang diseludup/dijual dari  dan oleh rakyat Malaysia sendiri. Maka, siapakah  rakyat Malaysia yang tidak bermaruah itu? Anda seumpama makhluk perosak!
TERKINI
Cubaan eksport 7,200 tan metrik pasir haram gagal


03/12/2010 3:53pm

KLANG 3 Dis. - Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Selangor berjaya menumpaskan cubaan mengeksport 7,200 tan metrik pasir bernilai RM144,000 secara haram ke Singapura dalam dua serbuan kelmarin dan semalam. Serbuan pertama dibuat di perairan Sungai Langat berhampiran Jugra, Banting sementara serbuan kedua dilakukan di sebuah jeti persendirian di Pulau Carey, Banting.

KDRM Selangor turut menahan sembilan orang bagi membantu siasatan kes ini termasuk pemilik pasir dan seorang kapten kapal, masing-masing berusia 54 dan 53 tahun. - Utusan

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

Rabu, 1 Disember 2010

Pengawas SPM di Lukut Dah Kena "Gantung"

Aduh.... syukur, tak mati... Kementerian Pelajaran pada 30 Nov 2010 menggantung tugas Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di SMK Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan disebabkan dakwaan mengeluarkan kata-kata rasis di hadapan para calon SPM di sekolah itu pada 24 Nov lepas. Tindakan kementerian yang sangat  "pantas" itu ekoran   usul tergempar MP DAP kawasan Bakri, Johor yang mahukan dakwaan itu dibahaskan di Parlimen.

Lihat berita penuh di sini


Artikel berkaitan isu ini oleh SemenyihBaru sebelum ini di sini

Komen SemenyihBaru

Kes serupa sebelum ini:

1. Pengetua sekolah di Kulai telah dikenakan tindakan
2. Kes guru di Bukit Selambau telah juga dikenakan tindakan
3. Kes Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dikenakan tindakan
4. Kes Setiausaha Sulit PM yang dikatakan rasis telah meletakkan jawatan.
5. Kita tunggu penyiasatan, sama ada guru tersebut bersalah atau tidak.
6. Namun, Datuk Nazri kata, Namewee tidak salah????

Kem Polis Gerakan AM


Di lokasi berhampiran Tesco dan Taman Pelangi Semenyih, terdiri sebuah kem baru yang menempatkan Batalion 4, Pasukan Polis Gerakan AM (PGA) yang sebelum ini berpangkalan di Kem Cheras. Difahamkan, kem baru tersebut (dikenali sebagai Kem Semenyih) akan memuatkan kira-kira 8,000 orang, terdiri daripada  pegawai dan anggota PGA dan keluarga masing-masing.

Perpindahan secara berperingkat telah bermula pada 28 Nov 2010 lepas dengan 10 orang anggota dan keluarga. Berita lanjut sila rujuk di sini.

Pembukaan Kem Semenyih  itu akan turut mencorakkan pelbagai kesan ekonomi, ifrastruktur dan kependudukan  kepada pembangunan Mukim Semenyih.  Bersediakah pihak berkuasa tempatan menghadapi cabaran-cabaran pembangunan yang mendatang khususnya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Cukupkah tempat untuk anak-anak Polis tersebut bersekoklah di sekitar Semenyih khususnya sekolah-sekolah yang berhampiran seperti di Bandar Rinching dan Pekan Semenyih? SK Pekan Semenyih sekarang  sudah pun sesak. 8,000 bukanlah jumlah yang sedikit, seakan-akan  menghampiri  jumlah penduduk di Bandar Tasik Kesuma atau Bandar Sunway Semenyih.