Bunuh Diri

Seorang pekerja di restoran India Muslim di sebuah taman perumahan di Semenyih dilaporkan mati  dengan menggantung dirinya pada 9 Dis lepas. Kejadian dikatakan berlaku antara lewat petang dan awal malam dan disedari oleh rakan-rakan setugasnya beberapa ketika kemudian. Restoran  tersebut yang dibuka kira-kira tiga tahun lepas  menutup perniagaannya semalam bagi membolehkan pihak berkuasa membuat penyiasatan.

Difahamkan, pemuda berusia 25 tahun itu dipercayai menggantung diri antara jam  5 petang ke 8 malam pada masa beliau berehat di biliknya. Selepas 5 ptg, komunikasi antara rakan-rakan dan juga tuan punya restoran menerusi telefon dan SMS telah tidak bersambut. Tindakan beliau yang berasal dari India dipercayai ada berhubung kait dengan masalah peribadi dan cinta.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semenyih di Jalan Sungai Lalang selepas Isyak malam tadi (9 Dis) selepas pihak Polis selesai menjalankan siasatan. Jenazah diuruskan oleh jemaah Kariah Masjid Raja Muda Musa, Semenyih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai