Meteor Di Pantai Remis, Perak


Tidak susah untuk mengambil gambar masa ini berbanding pada zaman kamera menggunakan filem. Kini pelbagai jenis, jenama dan reka  bentuk kamera boleh didapati dengan harga serendah beberapa ratus ringgit sahaja seperti digital compact.  Kamera  Digital Single Lens Reflect (DSLR) pula semakin  diminati termasuklah yang baru berjinak-jinak di bidang fotografi. Walaupun pelbagai  teknik, fungsi dan kemahiran mengambil gambar (atau menggunakan kamera) perlu dimiliki tetapi, hari ini,  just click -- dengan fungsi autofocus, jadilah gambar yang hendak dirakamkan. Jika gambar diambil blur atau tidak jadi, click lagi. Bukan macam zaman filem, satu klik bererti satu exposure dan ia adalah kos.....

Di zaman digital, siapa peduli pasal aperture, speed, iso, exposure dll melainkan mereka yang bergelar jurugambar. Selebihnya, "Alaaaa.... set je kamera ke auto. Tak perlu susah payah  guna manual dan pening kepala untuk  hal-hal yang lain". Lebih daripada itu, kamera digital mempunyai fungsi nilai tambah (aded value) seperti mengedit terus daripada kamera atau mengubah  scene atau latarbelakang gambar.

Bagaimanapun, untuk mahir mengambil gambar, baiklah  belajar menggunakan manual walaupun ia sekadar hobi. Bagaimana mengambil gambar di tempat yang gelap misalnya. Bolehkah mengambil gambar bintang di langit tanpa  telezoom? Atau mampukah mengambil gambar burung yang terbang? Atau sempatkah kita merakamkan jet Sukhoi TUDM yang tiba-tiba berlegar di atas rumah kita atau hanya mampu merakamkan bunyinya sahaja?

Sehubungan itu, pada 4 dan 5 Disember lalu Planetarium Negara memberikan bengkel asas mengambil gambar di angkasa atau astrophotography  secara percuma.   Biasanya jika kursus berbayar, kurang-kurang perlu membayar RM400 sehari. Malah, makan tengahari dan malam pun ditanggung oleh penganjur!. Bertemakan The World at Night,  astrophotography ialah mengambil gambar di angkasa. Peserta seramai 40 orang semuda 17 tahun dan  ada yang berusia 60 tahun menyertainya kerana ia percuma dan juga kerana minat. Sayang, kursus dijalankan dengan masih  terdapat 10 tempat   kosong dan saya mengandaikan, mungkin  tidak ramai yang meminati astrophotography


Meteor Di Pantai Remis
"Jika kursus percuma ambil gambar di Bukit Broga atau di Pantai Morib, tentu ramai yang datang atau tak cukup tempat", komen beberapa orang peserta. Khabarnya, bengkel outdoor pula akan diadakan di Pantai Remis, Perak pada 12 dan 13 Disember akan datang. Di Pantai  Remis, peserta akan diberi tugasan untuk merakamkan gambar meteor yang menurut kajian Angkasa,  ia akan jatuh pada tarikh itu. Justeru, si kaki kamera, rebutlah peluang ini. Hanya si bertuah sahaja (di kalangan yang ramai-ramai) yang dapat merakamkan meteor dan ia akan mempunyai nilai yang begitu tinggi.

Langit di waktu malam. Gambar yang diambil oleh Khairul Amirin, 18, peserta yang baru belajar

Yang  teruja pada bengkel tersebut, terdapat seorang dua peserta membawa kamera dan peralatan mencecah nilai RM100 ribu, senilai dengan sebuah rumah teres! Wow.... mahalnya.  Maknanya, untuk mengambil gambar bintang di langit, banyak aksesori yang diperlukan seperti  pelbagai jenis lens dan telezoom, exposure meter dan seumpamanya di samping pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Sekadar  menggunakan 18-55 mm lens, apalah sangat yang dapat dirakamkan  pada kejauhan berjuta kilometer!
Gambar bulan dirakam menggunakan Nikkon DSLR D5000 dengan kanta biasa 18-55mm  secara "manual apperture" dan "manual focusing".  Kelajuan shutter f2 selama kira-kira 3 saat.

 Tips: Untuk mengambil gambar bintang, anda perlu berada di tempat yang betul-betul gelap tanpa cahaya lampu dan sebagainya. Cahaya lampu akan menyebabkan gambar anda menjadi kekuningan atau kemerahan. Maknanya, kalau nak ambil gambar bintang di KL,  gambar yang dirakamkan  nanti tidak "real"....

Artikel pasal DSLR sebelumnya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai