SK Bandar Sunway Semenyih

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway Semenyih akan dibina pada awal pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di atas tapak yang telah disediakan oleh pemaju. Terbinaya sekolah itu kelak akan memudahkan para penduduk  terutamanya yang tinggal di Bandar Sunway dan Taman Desa Mewah untuk menghantar anak masing-masing mendapatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah.

Datuk Johan bergambar bersama anak-anak Tadika Mega Suria.
Di kiri Datuk Johan ialah Pn rahimah Abd Razak, Pengetua Tadika Mega Suria

Berita baik itu diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz  ketika merasmikan Hari Graduasi dan Konsert Tadika Mega Suria di Dewan Besar Nottingham Universiti  pada 5 Dis 2010. Menurut Johan, Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Haji Mohd Puad Zarkashi telah bersetuju sekolah rendah tersebut didirikan segera  ketika  dibawa melihat masalah-masalah di   beberapa buah sekolah di Semenyih baru-baru ini.

(Gambar atas) Datuk Johan menyampaikan sijil dan Pn Rahimah
(Bawah) Datuk Johan dan isteri Datin Norsiah  (di kanan Datuk)

Tapak sudah disediakan. Kini sudah bersemak-samun!
Ketika ini, Bandar Sunway Semenyih mempunyai kira-kira 5,000 penduduk dan Taman Desa Mewah kira-kira 3,000. SK Bandar Sunway juga akan menyelesaikan kesesakan di beberapa buah sekolah rendah di sekitar taman perumahan itu seperti SK Pekan Semenyih dan SK Bandar Teknologi.  Pada masa sama juga, datuk Johan turut memkalumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah memberikan peruntukan segera untuk pembangunana beberapa buah sekolah lain seperti sebuah dewan berhawa Dingin di SK Pekan Semenyih, sebuah Surau di SMK  Bandar Baru Rinching  bernilai RM500 ribu dan peruntukan sebanyak 1.2 juta untuk SK Beranang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai