Bahasa Melayu Merdeka

Selamat Hari Kebangsaan ke-53

Poster di bawah menunjukkan kesilapan bahasa. Kesilapan (seperti dalam kotak merah)  dilakukan oleh ramai orang dan secara berulang-ulang. Tidak terkecuali ia dilakukan oleh orang yang sepatutnya tidak melakukan kesilapan seperti pensyarah, guru dan seumpamanya. Poster di bawah ialah siaran rasmi oleh pengiklan yang nama dan jawatan tertera di poster itu.

Sepatutnya: "... kepada semua guru" (semua  membawa maksud ramai manakala guru-guru juga bermakna ramai guru)

Namun, siapakah yang mempedulikan soal bahasa?   Adakah status seseorang itu  menjadikannya "tidak apa" untuk mencemari bahasa? Pada masa sama, mereka yang berkedukan tinggi lebih suka menggunakan bahasa asing untuk dituturkan saban hari. Malah segelintir kita akan segera mentertawakan seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi jika Bahasa Melayunya tidka betul, adakah mereka peduli?

Inilah sikap sebahagian orang Melayu yang sudah 53 tahun merdeka. Bila  atau sampai bila  Melayu akan berdaulat?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat